Ini Adalah 9 Aplikasi Google Play Yang Sangat Berguna Untuk Kegunaan Perusahaan!

816

Memandangkan 2017 hampir melabuhkan tirainya tidak lama lagi, Google telah mengumumkan senarai aplikasi yang paling popular digunakan di Play Store sepanjang tahun 2017 ini.

Mereka telah menyusun aplikasi-aplikasi tersebut mengikut kategori seperti “Most Entertaining”, “Best Hidden Gem” dan banyak lagi! Aplikasi-aplikasi ini telah menjadikan kehidupan semua orang lebih mudah, banyak momen berharga telah dicipta dan banyak lagi.

kredit : Google

Berbalik kepada tajuk utama kita, kami akan menunjukkan kepada anda 9 jenis aplikasi yang sangat berguna untuk kegunaan perusahaan tidak kiralah samada untuk pekerja, pengurus dan sebagainya.

1. NOTEBOOK

Kategori : Best Daily Helper

Aplikasi mengambil nota secara visual ini merupakan aplikasi yang sangat bagus dan berguna! Anda boleh mencipta audio, imej, teks, lakaran atau senarai semak dan kemudian susunnya mengikut kategori sepertimana yang anda susun di dalam buku nota fizikal.

Seperti yang kita semua tahu, aplikasi pengambilan nota adalah satu keperluan untuk setiap ahli perniagaan. Ini kerana mereka boleh menulis perkara-perkara penting ketika sedang bermesyuarat, membuat senarai tugasan dan banyak lagi. Ia juga membolehkan anda menambah lapisan pada nota tersebut dengan audio atau imej.

2. Clarity Money

Kategori : Best Daily Helper

Aplikasi ini sangat membantu dari segi kewangan kerana ia akan membantu anda dalam perbelanjaan anda. Ia akan mengawal semua perbelanjaan anda dan membantu anda untuk berjimat. Ia akan memastikan anda sentiasa mengikuti bajet dan juga sasaran simpanan anda bahkan ia juga akan mengenalpasti langganan yang tidak diingini.

Untuk ahli pernigaan yang menggunakan kemahiran sendiri untuk melakukan bajet untuk perniagaan mereka, Clarity adalah satu kemestian. Keupayaan aplikasi ini untuk melihat dan membatalkan langganan yang tidak diperlukan adalah alat yang sangat berguna di samping ciri lain yang sangat bermanfaat.

Read More  Panduan Pendaftaran Perniagaan

3. Tandem: Find Language Exchange Partners Worldwide

Kategori : Best Social

Aplikasi ini membolehkan anda berhubung dengan penutur asli bahasa-bahasa lain di seluruh dunia dan mencari rakan dalam pembelajaran tersebut. Anda boleh mengasah kemahiran anda melalui perbualan teks dan audio dengan pelajar lain atau melalui panggilan video.

Dari segi perniagaan, ia boleh membantu ahli perniagaan untuk belajar dan memahami bahasa asing yang mungkin sangat membantu untuk urusan pernigaan.

4. Slack

Kategori : Best Social

Ini adalah aplikasi yang paling popular digunakan di kalangan para pekerja di pejabat. Anda boleh berhubung, berbual, kongsikan maklumat dan banyak lagi dengan rakan pejabat anda dengan mudah.

Untuk ahli perniagaan, sudah semestinya ini adalah aplikasi yang sangat bagus. Anda boleh berhubung dan berkomunikasi dengan pasukan anda dengan mudah dan pantas.

5. notin – notes in notification

Kategori : Best Hidden Gem

Notin boleh dikatakan sebagai nota untuk minimalis. Ia hanya wujud di dalam notifikasi anda dan akan hilang setelah anda swipe ia. Ia boleh menjadi pilihan untuk senarai tugasan yang cepat.

Para pekerja boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat nota bagi setiap tugasan yang perlu dilakukan, dan leretkannya apabila sudah disiapkan.

6. SpotAngels: Find Parking & Avoid Tickets

Kategori : Best Hidden Gem

Aplikasi ini berfungsi seperti Waze tetapi untuk meletakkan kereta. Ia akan membantu anda mencari kawasan tempat letak kereta yang tidak menggunakan tiket, memberitahu anda maklumat tentang kawasan yang sedang mengalami pembersihan jalan, zon tunda dan banyak lagi. Apa yang paling penting, ia tidak akan lupa di mana anda meletakkan kereta anda dan akan memberitahu anda melalui notifikasi.

Read More  Betulkah Fakta Bahawa Membuka GPS Pada Telefon Akan Menyebabkan Bateri Cepat Habis?

Apabila ahli pernigaan mahu berjumpa dengan pelanggan, mereka boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengelakkan kawasan tempat letak kereta berbayar atau mencari tempat untuk meletak kereta apabila mahu ke mesyuarat atau persidangan di kawasan yang mereka tidak pernah pergi.

7. PicsArt Animator: Gif & Video

Kategori : Most Entertaining

Apa yang boleh dikatakan, aplikasi ini adalah animasi untuk semua orang. Anda boleh mencipta video kartun, GIF daripada doodles bahkan emoji diri anda sendiri. Aplikasi ini sangat memudahkan penggunanya, dan anda boleh melihat ciri-ciri yang lebih canggih dan advanced seperti multi-layering dan voiceover.

PicsArt Animator boleh membantu para pekerja di bahagian pemasaran untuk membuat kandungan untuk akaun media sosial organisasi tersebut atau ianya juga boleh digunakan untuk membuat presentation.  

8. Anchor – Podcast & Radio

Kategori : Most Entertaining

Aplikasi ini adalah paltform yang berkaitan dengan suara. Ia membenarkan anda menyiarkan show anda sendiri, membetulkan dan mengedit audio anda, mencipta podcast dan rancangan radio interaktif anda sendiri.

Ahli perniagaan mungkin boleh menggunakan aplikasi ini mempromosikan sesuatu kandungan. Mereka boleh meluaskan promosi mereka melalui audio dengan hanya menggunakan aplikasi ini.

9. Adobe Photoshop Sketch

Kategori : Most Entertaining

Siapa sahaja yang tidak mengetahui Adobe Photoshop betul tak? Tambahan terbaru untuk versi mudah alih Adobe ini menawarkan ciri terbaru untuk para illustrator yang baru atau profesional iaitu bantuan onboarding, customizable tools dan integrasi dengan komuniti Behance dan Creatice Cloud.

Jika anda seorang ilustrator, aplikasi ini adalah terbaik untuk anda kerana anda boleh bekerja di mana sahaja dengan adanya aplikasi ini.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...