Cara Untuk Menempah Dan Uruskan Penerbangan Anda Menggunakan Google Home!

998

Bagi anda yang selalu ke luar negara atas urusan perniagaan, menempah dan menguruskan pelbagai penerbangan boleh menjadi agak menyusahkan, betul tak? Kini dengan teknologi yang semakin berkembang, anda tidak perlu risau lagi. Dengan hanya menggunakan Google Home, anda tidak memerlukan lagi travel agent dan sebagainya.

Dengan Google Home, anda boleh mencari dan mengesan penerbangan, mendapatkan maklumat mengenai penerbangan yang anda sudah tempah dan dapatkan cadangan untuk apa yang perlu anda lakukan apabila anda sudah tiba di destinasi anda.

Google Assistant dapat memberikan maklumat umum mengenai penerbangan yang tersedia dan juga maklumat harga untuk penerbangan pada masa akan datang menggunakan API QPX. Maklumat untuk penerbangan yang telah anda tempah diperolehi daripada maklumat dalam peti masuk Gmail anda.

Untuk menggunakan ciri tersebut, anda perlu membenarkan ciri “personal results” di aplikasi Google Home. Di samping itu, anda juga boleh menyemak maklumat anda yang telah disimpan dengan menggunakan “My Activitymanager dalam akaun Google anda.

kredit : Google

Mencari Penerbangan

Anda boleh mencari penerbangan dengan hanya bertanya “Cari saya penerbangan ke (tempat).” Secara default, ia akan memberikan anda penerbangan dengan perhentian (flights with stops) walaupun anda boleh bertanya “Cari saya penerbangan tanpa henti ke (tempat).” Jawapan yang diberikan juga akan memberikan anda tarikh berlepas dan pulang, harga mula, dan (biasanya) tempoh penerbangan.

G. Assistant mempunyai beberapa batasan untuk mencari tempat. Secara amnya, apabila anda menanyakan mengenai nama bandar ia akan memberikan anda hasil yang paling memuaskan. Jika anda bertanya mengenai lapangan terbang tertentu, contohnya Newark atau JFK untuk New York, ataupun Haneda atau Narita untuk Tokyo, ia akan memberikan anda jawapan mengenai bandar dan bukannya lapangan terbang.

Read More  Corsair Menawarkan Harga Yang Murah Jika Anda Ingin Mendapatkan Papan Kekunci Mekanikal Jenama Itu

Manakala jika anda bertanya mengenai negeri dan wilayah ia berfungsi secara tidak konsisten. Sebagai contoh apabila anda meminta penerbangan ke Hawaii atau California ia akan memberikan anda mengenai maklumat penerbangan yang dikehendaki tetapi apabila anda meminta penerbangan ke Colorado atau Nova Scotia, ia akan kembali ke hasil carian.

Sebagai alternatif, anda juga boleh bertanya “Berapakah harga penerbangan ke (tempat) dalam (waktu)?” Soalan ini hanya boleh digunakan untuk mencari harga untuk lokasi tertentu, bukan untuk nombor penerbangan tertentu.

Ia juga boleh mencari penerbangan dengan syarikat penerbangan yang tertentu walaupun tidak semua syarikat penerbangan boleh dicari. Dalam ujian yang dilakukan, ia boleh mencari syarikat penerbangan seperti Delta, United, Solaseed, dan Japan Airlines tetapi untuk  ANAKorean Air, dan Peach ianya tidak berjaya.

Untuk mencari penerbangan seterusnya untuk ke sesuatu tempat pula anda hanya perlu bertanya “Apakah penerbangan seterusnya ke (tempat)?” Walau bagaimanapun, apabila diuji, ia memberikan hasil antara dua minggu dan satu bulan dari masa ia ditanya.

Selain itu, anda juga boleh menyemak jadual penerbangan. Sebagai contoh, apabila anda bertanya “Apakah jadual penerbangan dari Tokyo ke Osaka?” ia akan memberikan jawapan “Penerbangan tanpa henti dari Tokyo ke Osaka adalah lebih kurang 1 jam dan 15 minit. Anda boleh memilih dari 60 hingga 61 penerbangan sehari.”

Sebaik sahaja anda mula mencari maklumat penerbangan, anda boleh menerima kemas kini mengenai penerbangan pilihan anda melalui Google Now atau kemas kini dari e-mel. Selain itu, penerbangan yang anda cari akan muncul pada Google Flight juga.

Mencari Maklumat Mengenai Penerbangan Terdahulu Yang Sudah Ditempah

Dengan mendayakan maklumat peribadi, anda boleh bertanya mengenai maklumat penerbangan yang telah anda tempah. Untuk penerbangan seterusnya yang sudah ditempah anda boleh bertanya kepada Google “Bilakah penerbangan yang akan datang saya?”.

Read More  11 Trick Google Search yang Anda Perlu Tahu

Di samping itu, anda juga boleh bertanya kepada Google dengan lebih spesifik seperti “Bilakah penerbangan Delta saya yang seterusnya” atau “Bilakah penerbangan seterusnya ke Seattle?”.

Anda juga boleh menyemak sama ada penerbangan anda tepat pada masanya (on time) dengan bertanya “Adakah penerbangan saya tepat pada waktunya?”. Selain itu, anda juga boleh bertanya “Adakah penerbangan British Airways saya tertunda (delayed)?”.

Bagi anda yang selalu dan perlu menaiki kapal terbang dengan kerap untuk tujuan perniagaan dan sebagainya, anda juga boleh bertanya mengenai beberapa status penerbangan yang akan datang anda dengan hanya bertanya “Bilakah penerbangan yang akan datang saya?”. Mudah kan?

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Anda Sudah Tiba

Google Assistant juga boleh memberikan tips mengenai apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja anda tiba di destinasi anda. Dengan hanya bertanya “Perkara yang perlu dilakukan di (tempat),” Google akan menyenaraikan tiga tarikan utama di tempat tersebut.

Sebagai contoh, “Perkara yang perlu dilakukan di Brisbane” memberikan anda jawapan “Tarikan di Brisbane termasuklah Sea World Gold CoastLone Pine Koala SanctuaryCity Botanic Gardens dan lain-lain.”

Kesimpulannya, selain menguruskan penerbangan anda, Google Home juga boleh memberikan tips dan tempat menarik di tempat yang anda kunjungi itu. Bunyi seperti menarik kan?

Jadi adakah anda akan menggunakan Google Home untuk menempah penerbangan anda? Atau masih mahu menggunakan cara lama seperti melayari laman web syarikat penerbangan dan sebagainya? Semuanya terletak di tangan anda, jadi pilihlah apa yang anda suka!

Nota : Artikel ini diolah daripada blog Tech Republic dan semua data adalah milik artikel tersebut. Kami tidak pasti jika Google Home akan berfungsi untuk semua penerbangan di Malaysia, jadi jika anda mempunyai apa-apa persoalan jangan lupa tinggalkan komen di bawah, kami akan membantu anda!

Read More  WaveApps : Aplikasi Cloud Accounting Percuma Untuk Pemilik Bisnes
Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...