10 Syarikat Yang Membayar Gaji Jurutera AI Paling Tinggi!

211

Kebanyakan syarikat membuat pelaburan yang besar untuk artificial intelligence (AI) sebagai perniagaan untuk setiap industri di mana mereka menggabungkan teknologi itu menjadi suatu produk, penyelesaian bahkan perkhidmatan.

Jika anda belum tahu, syarikat di Amerika Syarikat telah melabur lebih kurang $ 1.35 bilion untuk AI ini. Pelaburan yang besar ini masuk akal kerana pada tahun 2019 nanti, 40% daripada semua inisiatif transformasi digital dan 100% usaha iOT iaitu Internet of Things akan disokong oleh keupayaan kognitif atau AI menurut IDC.

kredit : Google

Dari segi industri, syarikat berteknologi besar sudah membelanjakan $ 619,544,633 untuk AI diikuti dengan perkhidmatan kewangan yang membelanjakan $ 82,070,361 untuk AI, dan akhir sekali infrastruktur IT yang membelanjakan $ 65,276,912.

Dari segi syarikat pula, Amazon adalah syarikat yang paling banyak menghabiskan untuk AI iaitu sebanyak $ 305,832,434. Microsoft berada di tempat kedua dengan membelanjakan sebanyak $ 124,062,524, dan Apple berada di tempat ketiga dengan melaburkan sebanyak $ 105,371,161 untuk AI.

Memandangkan AI ini semakin mendapat permintaan yang tinggi, berikut adalah 10 syarikat yang membayar gaji paling tinggi untuk jurutera AI:

1. Uber 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 314,746 / RM 1, 286 366.90

2. Walmart Labs 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 265,698 / RM 1, 085 907.73

3. Netflix 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 264,799 / RM 1, 082 233.51

4. Facebook 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 257,846 / RM 1, 053 816.60

5. Salesforce 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 248,281 / RM 1, 014 724.45

6. Google 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 236,388 / RM 966 117.76

7. Coupang 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 234,348 / RM 957 780.28

8. Twitter 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 230,639 / RM 942 621.59

9. Splunk 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 227,202 / RM 928 574.57

Read More  Cara Untuk Menghentikan Microsoft Word Dari Menganggap Perkataan Singkatan Sebagai Kesalahan!
10. Apple 

Purata gaji untuk jurutera AI : $ 227,094 / RM 928 133.18

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...