Kenapakah Halaman Utama Chrome Anda Berubah?

732

Pernah tak anda berada di situasi ini. Tiba-tiba sahaja halaman utama Chrome anda berubah tidak seperti kebiasaannya. Mesti anda tertanya-tanya kenapa ia terjadi kan?

kredit : HTG

Perbezaan Antara Halaman Utama dan Halaman Tab Baru

Di atas sebab yang tertentu, Chrome membuat perbezaan di antara halaman utama (Home Page) dan juga halaman tab baru (New Tab). Jika anda keliru apa perbezaan antara kedua-dua ini, halaman utama adalah halaman yang muncul apabila anda menekan butang Home di Chrome anda ataupun di keyboard anda manakala halaman tab baru adalah tetingkap yang anda buka menggunakan New Tab di bahagian atas alamat halaman.

Kedua-dua halaman ini mempunyai ciri mereka yang tersendiri. Jika anda tidak pernah mengubah apa-apa pada menu “Settings” anda di Chrome anda, halaman pertama untuk tetingkap atau tab baru akan kelihatan seperti di bawah.

kredit : HTG

Sekiranya anda mengklik butang “Home” di sebelah bar alamat atau pada papan kekunci komputer anda, anda mungkin akan dibawa ke halaman lain seperti di bawah.

kredit : HTG

Pasti anda tertanya-tanya kan kenapa kami menggunakan Yahoo sebagai halaman utama di Chrome kami kan? Sebenarnya, kami tidak melakukan itu. Sesetengah program yang kami pasang (installed) telah mengubah tetapan itu tanpa izin kami. Kes seperti ini banyak berlaku kerana pemaju suka menyembunyikan perkara seperti ini semasa persetujuan untuk memasang sesuatu aplikasi.

Bagaimana Hendak Mengubah Halaman Utama Dan Halaman Tab Baru Secara Manual?  

Anda boleh menukar halaman tab baru dan halaman utama anda secara manual dalam menu “Settings” di Chrome. Klik pada butang tiga titik di penjuru kanan sebelah atas, dan kemudian klik pada pilihan “Settings”.

Read More  Cara-Cara untuk Menambah Sambungan di Chrome

Di bawah bahagian “Appearances”, anda boleh melihat beberapa pilihan di bawah tajuk “Show home button”. Anda boleh membuang butang Home dari bar alamat anda dengan toggle slider “Show home button” kepada mematikannya. Harus diingatkan, butang Home pada keyboard anda masih akan berfungsi meskipun anda telah mematikan ciri ini.

kredit : HTG

Di bawah toggle itu (semasa ia diaktifkan), anda boleh memilih samada mahu butang “Home” itu membawa anda ke halaman tab baru ataupun membawa anda ke halaman lain yang anda taip secara manual. Dalam contoh ini kami menggunakan alamat google.com sebagai demonstrasi.

Sekarang, tatal ke bawah sedikit ke bahagian “On Startup”. Di sini anda boleh memilih apa yang berlaku apabila Chrome dibuka. Anda boleh membuatkan ia membuka halaman “New Tab”, halaman tertentu, beberapa halaman atau hanya membuka tab yang sama anda buka sebelum menutup Chrome sebelum ini. Dalam contoh ini, kami menetapkan ia untuk membuka halaman howtogeek.com.

kredit : HTG

Sekarang kita sudah mempunyai halaman utama yang sudah ditetapkan secara manual, halaman tab baharu, dan halaman permulaan. Kami akan menutup Chrome dan menunjukkan kepada anda bagaimana tetapan ini menjejaskan penggunaannya.

Buka Chrome sekali lagi dan kita akan dapati ia pergi ke halaman permulaan yang sudah ditetapkan iaitu kami mendapat halaman permulaan yang ditetapkan, How-To Geek.

kredit : HTG

Jika kita menekan butang “Home” pada bar alamat pula, kita akan dibawa ke web Google.com seperti di bawah.

kredit : HTG

Manakala apabila kita menekan butang “New Tab”, kita akan dibawa ke halaman tab baru yang default beserta bar carian dan laman web yang sering dikunjungi.

kredit : HTG

Harus diingatkan, jika anda tidak suka dengan tetapan seperti contoh kami di atas, anda boleh mengubah dan menetapkan ketiga-tiga tetapan ke halaman tab yang baru jika anda suka.

Read More  Bagaimana Untuk Mengubah Unit Ukuran Pembaris Di Dalam Microsoft Word?

Sekiranya hal ini masih berlaku (laman utama Chrome berubah), anda boleh mencuba kaedah ini semula. Pergi ke menu “Settings” dan ubahnya semula.

Anda juga perlu tahu sekiranya anda menggunakan Extension daripada Chrome, ia juga boleh mengubah tetapan halaman anda tanpa anda mahu. Jika ini penyebabnya, Chrome akan menyenaraikan kepada anda “Extension” yang mengawal halaman anda dalam menu “Settings”.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...