Ini Adalah Alat Terbaik Untuk Mengedit Gambar Di Chromebook!

529

Chromebook mungkin pilihan yang sesuai jika anda tidak memerlukan benda lain selain browser. Tetapi seiring dengan peredaran zaman, Chromebook juga menambah banyak ciri-ciri yang berguna di dalamnya.

kredit : HTG

Salah satunya adalah pengeditan gambar. Jika anda rasa Chromebook tidak mempunyai alat ini, anda salah sama sekali. Chromebook mempunyai alat pengeditan gambar yang agak bagus untuk kegunaan yang sederhana. Jika anda mahu melakukan pengeditan yang bagus dan lebih mendalam, sebaiknya anda boleh menggunakan Mac atau Windows.

Jika anda menggunakan Chromebook dan mahu mengetahui alat terbaik untuk mengedit gambar, anda boleh ikuti artikel ini. Kami akan memberikan anda alat terbaik yang boleh anda gunakan.

#1 : Polarr – Untuk Filter Dan Color Correction

kredit : HTG

Salah satu pengeditan yang biasanya orang lakukan adalah pembetulan warna (color correction). Inilah sebab mengapa Instagram telah menjadi sangat popular kerana ia membolehkan anda membuat pengeditan pada gambar anda semudah satu klik sahaja.

Jika anda rasa anda memerlukan ini, anda boleh mencuba Polarr. Ia adalah editor dalam talian yang sangat bagus dan berkualiti yang mempunyai banyak filter dan alat lain yang boleh membuatkan gambar anda daripada biasa-biasa menjadi lebih cantik dan menarik!

Walaupun ianya semudah satu klik untuk mengedit gambar anda, Polarr juga menawarkan pengeditan yang lebih kompleks seperti local adjustment, retouching, histogram data, dan crop. Ia juga menawarkan alat pelarasan (adjustment) automatik yang sangat baik.

Polarr adalah percuma untuk penggunaan yang terhad, tetapi jika anda ingin menggunakan semua alat yang ditawarkannya, anda boleh mencubanya dengan hanya $ 20 ( RM 82) seumur hidup.

Jika anda mahu memilikinya, anda boleh mendapatkannya dari Chrome Web Store. Ia juga mempunyai Chrome extension yang membolehkan anda membuka gambar dari laman web yang popular seperti Google Images untuk mengedit dengan cepat menggunakan Polarr.

Read More  Dapatkan Jawatan Kosong Melalui Search Engine Ini

#2 : Pixlr – Sebagai Pengganti Photoshop

kredit : HTG

Jika anda tanya pada mana-mana pengguna Chromebook apakah pengeditan foto yang paling bagus pada Chromebook, kebanyakannya akan menjawab Pixlr. Pixlr adalah aplikasi web yang sangat bagus dan lengkap sesuai untuk apa yang pengguna Chromebook mahukan.

Ia menawarkan sokongan penuh untuk pelbagai lapisan dan alat mengedit yang banyak yang tidak dapat kami sebutkan satu persatu kerana terlalu banyak! Apa yang boleh kami katakan, jika anda mencari aplikasi web yang paling bagus untuk pengeditan gambar, tidak lain tidak bukan sudah semestinya Pixlr.

Syarikat ini juga menawarkan alat yang sama dengan Polarr iaitu Pixlr Express jika anda lebih suka menyimpan semua pengeditan anda di bawah satu ‘payung’. Satu-satunya isu dengan Pixlr Express ialah iklan. Ia mempunyai iklan yang begitu banyak sehinggakan anda akan rasa annoying dengannya.

Meskipun ianya dipenuhi dengan iklan, anda tidak perlulah mengadu mengenainya kerana kedua-dua editor itu sendiri adalah percuma bahkan memberikan anda alat pengeditan yang terbaik, jadi guna sahaja lah meskipun ianya agak annoying kan?

#3 : Gravit Designer – Untuk Imej Vektor

kredit : HTG

Kami tidaklah begitu mahir mengenai pengeditan imej vektor, tetapi jika anda mahukan alat untuk melakukannya, kami mencadangkan anda menggunakan Gravit Designer.

Anda bolehlah melawati laman web rasmi Gravit Designer dan membaca dengan lebih lanjut mengenai pengeditan imej vektor ini. Tetapi jika anda malas mahu membacanya, anda boleh terus memasangnya di pautan ini.

#4 : Aplikasi Android – Untuk Semua

kredit : HTG

Sekiranya anda bernasib baik untuk mempunyai Chromebook yang menjalankan aplikasi Android, anda boleh mempertimbangkan semua pilihan yang tersedia di Google Play Store. Ini kerana, terdapat banyak pilihan yang tersedia di sana termasuklah aplikasi penuh Adobe. Berikut adalah beberapa aplikasi yang boleh anda cuba:

Read More  Android 9 Pie (Go Edition) Akan Muncul Pada Musim Luruh Ini

Sebelum kami terlupa, Pixlr dan Polarr juga mempunyai aplikasi Android jika anda berminat dengannya. Namun harus diingatkan, terdapat banyak editor yang tersedia di Android, jadi jika anda mempunyai editor kegemaran anda, anda boleh menggunakannya pada Chromebook anda. Pilihan kami adalah PicSay Pro kerana ia melakukan semua yang kami perlukan dengan pantas dan sangat efisien.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...