Microsoft Telah Mencipta Aplikasi iOS Yang Menggunakan AI Untuk Membantu Anda Mempelajari Bahasa Cina!

340

Aplikasi pembelajaran bahasa bukanlah sesuatu yang baru kerana terdapat banyak aplikasi yang kita boleh jumpa di Play Store dan Apple Store. Tidak kiralah anda mahu belajar bahasa ke, cara memasak ke, semuanya tersedia di Store.

Tetapi apa yang menariknya, Microsoft telah mencipta sesuatu yang lain dari yang lain iaitu dengan mencipta aplikasi iOS yang menggunakan teknologi AI untuk mengajar anda bahasa Cina! Menarik kan?

kredit : Engadget

Ideanya di sini adalah untuk membantu pengguna mengamalkan dan menggunakan bahasa Cina dengan betul tanpa memerlukan bantuan dari orang lain.

Anda mungkin rasa anda tahu bahasa Cina tetapi apabila anda bertemu dengan orang Cina, tidak ada cara anda boleh berkomunikasi dengannya jika anda tidak pernah mengamalkannya (practice it).

Aplikasi ini akan menangani masalah ini dengan memanfaaatkan teknologi pemprosesan bahasa dan pengucapan semula jadi. Microsoft belum bercadang untuk mengembangkannya ke bahasa lain buat masa sekarang.

Aplikasi ini menggunakan pelbagai alat AI seperti rangkaian saraf yang dalam yang dapat memikirkan apa yang anda cuba katakan dan kemudian menilai sebutan anda. AI tersebut telah dilatih dengan data dari pengucapan bahasa Cina yang asli serta teknologi teks-ke-ucapan Microsoft.

Semasa anda menggunakan aplikasinya, anda akan mendapat skor atas keupayaan bercakap anda dan ia akan highlight kata-kata yang anda perlu improve di samping memberikan anda audio untuk mendengar bagaimana kata-kata tersebut diucapkan.

kredit : Engadget

Setakat ini, aplikasi ini mempunyai sistem yang berasingan untuk beginners dan pelajar pertengahan untuk membantu anda dari satu tahap ke tahap lain. Menurut blog dari Microsoft, aplikasi ini akan berfungsi seperti rakan pembelajaran bahasa anda. Ia akan berbual dengan anda dan memberi maklum balas berdasarkan apa yang anda katakan.

Read More  Bagaimana Mahu Membuatkan Panggilan Video Kelihatan Lebih Baik Pada Komputer Anda?
kredit : Engadget

Applikasi yang percuma ini sudah tersedia di platform aplikasi iOS. Anda boleh mencubanya atau imbas sahaja kod QR di atas.

Sumber : Engadget

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...