Cara Terbaik Untuk Melakukan Panggilan Video Dari Windows, Mac, iPhone, Atau Android!

354

Jika anda tinggal jauh dari orang tersayang anda, panggilan video adalah cara terbaik untuk anda berhubung dengan mereka untuk melepaskan rindu dan sebagainya. Tetapi persoalannya di sini ialah, terdapat banyak platform untuk panggilan video di luar sana, jadi anda mungkin buntu mahu menggunakan platform yang mana kan?

kredit : HTG

Ada banyak isu yang anda perlu ambil kira untuk melakukan panggilan video ini antaranya seperti peranti yang digunakan pemanggil dan penerima, aplikasi yang ada pada kedua-dua pemanggil dan sebagainya.

Ayuh ikuti tips di bawah untuk menyelesaikan kekusutan anda itu!

Cadangan Terbaik Kami : Gunakan Sahaja Facebook Messenger

kredit : HTG

Cara terbaik untuk anda melakukan panggilan video adalah dengan menggunakan Facebook Messenger sahaja. Boleh dikatakan hampir 80% penduduk Malaysia menggunakan Facebook, jadi cara mudah untuk menggunakan panggilan video adalah dengan menggunakan Facebook sahaja!

Ini sangat mudah untuk dilakukan tidak kiralah jika anda menggunakan Android, iOS malah desktop, anda boleh melakukan panggilan video dengan mudah menggunakan Facebook Messenger.  Anda boleh memuat turun pautan di bawah sekiranya anda belum memiliki Facebook Messenger.

Sekiranya anda dan juga orang yang anda mahu berbual mempunyai Facebook, anda tidak perlu lagi rungsing memikirkan macam mana mahu melakukan panggilan video. Gunakan sahaja ciri yang diberikan oleh Facebook ini!

Tetapi jika anda ataupun pihak satu lagi tidak mempunyai Facebook, jangan risau, anda boleh teruskan membaca artikel ini untuk mencari paltform lain yang mungkin sesuai untuk anda.

Windows ke Windows:  Gunakan Skype 

kredit : HTG

Jika anda seorang pengguna Windows, Skype adalah pilihan yang terbaik untuk melakukan panggilan video. Pertama, ia datang bersama-sama dengan Windows memandangkan Microsoft sudah memilikinya, jadi tidak perlu risau lagi mahu memasangnya dan sebagainya.

Read More  Hantar Emoji dengan Muka Anda!

Skype juga cukup sinonim dengan panggilan video kerana itu adalah tujuan utama kenapa ramai orang mempunyai akaun Skype. Walaupun anda tidak mempunyai akaun Skype, anda boleh mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook anda.

Produk Apple ke Produk Apple (Mac, iPhone, iPad) : Gunakan FaceTime  

kredit : HTG

Kami rasa semua pengguna Apple sudah mengetahui ciri ini iaitu FaceTime. Kami pasti anda juga sudah menggunakan ciri ini tanpa perlu kami terangkan dengan lebih lanjut lagi. Jika belum, anda perlu mencubanya okay!

Ianya berfungsi dengan sangat baik tidak kiralah pada Mac, iPhone dan iPad dan semua orang mengetahui itu. Jadi apa lagi yang anda perlukan? Betul tak? Guna sahaja FaceTime.

Android ke Android: Gunakan Google Duo

kredit : HTG

Melakukan panggilan video pada Android mungkin tidak akan berjalan dengan lancar sepertimana di iOS atau Mac kerana terdapat pelbagai aplikasi yang berbeza boleh digunakan di Android untuk melakukannya.

Skype boleh didapati di Android, Facebook Messenger juga boleh didapati di Android, dan panggilan video yang agak tua dari Google iaitu Hangouts juga masih berfungsi dengan baik pada Android.

Walau bagaimanapun, apabila mahu berbual di antara Android ke Android, anda boleh menggunakan pilihan baru ini iaitu Google Duo.

Ianya berfugsi dengan baik dan secara jujurnya, ianya adalah paltform terbaik yang kami rasakan untuk anda melakukan panggilan video untuk peranti Android.

Platform Lain-Lain: Anda Boleh Gunakan Skype atau Hangouts

kredit : HTG

Nah, sekarang adalah situasi yang lebih mencabar. Bagaimana jika anda mahu melakukan panggilan video dengan orang yang tidak mempunyai Facebook dan menggunakan paltform yang berbeza daripada anda? Contohnya anda menggunakan produk Apple dan orang tersebut menggunakan Android. Stress kan?

Read More  Bagaimana Hendak Merakam Video Yang Profesional Menggunakan iPhone?

Pilihan terbaik di sini adalah dengan menggunakan Skype dan Hangouts. Kedua-duanya boleh didapati pada setiap platform di luar sana. Skype boleh didapati pada Windows, Android, Mac dan iOS manakala Hangouts pula hanya tersedia untuk Android, iOS dan web. Anda hanya perlu memilih mana-mana sahaja yang anda mahu guna.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Google Duo yang tersedia untuk platform Android dan juga iOS. Ianya juga berfungsi dengan baik dengan kedua-duanya.

Sekiranya anda mahu panggilan video anda itu berkualiti jika anda menggunakan desktop, anda boleh ikuti artikel terdahulu dari kami bertajuk Bagaimana Mahu Membuatkan Panggilan Video Kelihatan Lebih Baik Pada Komputer Anda?

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...