Bagaimana Hendak Menyembunyikan Notifikasi Sensitif Pada Skrin di iPhone Anda?

628

Kini dengan iOS 11, iPhone memberikan anda lebih banyak kawalan ke atas notifikasi. Anda boleh menetapkan aplikasi tertentu sebagai “sensitif” supaya ia menyembunyikan kandungan notifikasi semasa telefon anda dikunci.

Ia hanya akan membiarkan anda melihat pratonton penuh apabila anda menggunakan Touch ID ataupun Face ID untuk membuka kunci iPhone anda. Ciri ini berfungsi untuk setiap satu-satunya aplikasi dalam telefon anda, tidak seperti di iOS 10 dan sebelum ini.

kredit : HTG

Sebelum ini, hanya Mail dan Messages sahaja yang mempunyai ciri ini manakala aplikasi pihak ketiga perlu membina ciri ini dengan sendiri jika mahu membenarkan penggunanya menyembunyikan kandungan notifikasi dari skrin kunci (lock screen) mereka.

Tetapi ianya tidak menjadi isu lagi buat pengguna iPhone kerana iOS 11 telah membuatkan ciri ini tersedia untuk kesemua aplikasi. Apabila anda menetapkan sesuatu aplikasi itu sebagai “sensitif”, ia tidak akan menunjukkan kandungan notifikasi anda lagi sebaliknya hanya akan menunjukkan “Notifikasi”.

Cara Untuk Menyembunyikan Pratonton Notifikasi Untuk Semua Aplikasi

Untuk menukar tetapan ini, pergi ke Settings> Notifications pada telefon anda. Klik pada pilihan “Show Preview” di bahagian atas skrin.

Kemudian, tetapkan pilihan kepada “When Unlocked” dan pratonton notifikasi akan disembunyikan sehinggalah anda membuka telefon anda yang terkunci dan ini akan menghalang orang lain daripada melihat atau mengintip notifikasi anda itu.

Anda juga boleh memilih “Never” sekiranya anda tidak mahu melihat apa-apa notifikasi langsung pada skrin telefon anda. Pilihan “Always” adalah pilihan default di mana ia akan sentiasa menunjukkan pratonton notifikasi yang penuh walaupun pada skrin yang dikunci.  

kredit : HTG
kredit : HTG

Cara Untuk Menyembunyikan Pratonton Notifikasi Untuk Aplikasi Secara Individu

Apa sahaja pilihan yang anda pilih dan tetapkan, anda boleh mengubahnya untuk setiap aplikasi secara individu. Sebagai contoh, anda boleh menyembunyikan pratonton mesej untuk semua aplikasi, tetapi kemudian membiarkan ia menunjukkannya untuk beberapa aplikasi.

Read More  Perisian Yang Terbaik Untuk Digunakan Bagi Mereka Yang Gemar Menghasilkan Muzik

Atau, anda juga boleh membenarkan pratonton mesej dari kebanyakan aplikasi, tetapi menyembunyikannya untuk beberapa aplikasi sensitif seperti e-mel.

Untuk melakukan ini, pergi ke skrin Settings> Notifications dan klik pada aplikasi yang ingin anda konfigurasikan. Tatal (scroll) ke bawah pada skrin tetapan notifikasi untuk aplikasi, klik “Show Previews” di bawah “Options”, dan pilih pilihan anda. Anda boleh memilih samada “When Unlocked”, “Never”, atau “Always” di sini.

kredit : HTG
kredit : HTG

Bagaimana Hendak Menyembunyikan Notifikasi Dari Skrin Kunci Sepenuhnya

Apabila anda menyahdayakan (disable) pratonton untuk notifikasi anda, seseorang yang melihat atau mengintip  telefon anda masih dapat melihat anda mendapat notifikasi dari sesuatu aplikasi itu. Mereka tidak akan dapat melihat apa yang diberitahu atau kandungan notifikasi itu.

Jika anda tidak mahu sesiapa pun melihat atau mengambil tahu mengnai notifikasi anda, anda boleh menyembunyikan notifikasi untuk aplikasi dari skrin kunci sepenuhnya supaya sesiapapun tidak akan dapat melihat notifikasi anda dan juga melihat sekiranya anda mendapat notifikasi.

Untuk melakukan ini, pergi ke Settings> Notifications dan klik pada aplikasi yang anda ingin sembunyikan notifikasinya pada skrin kunci anda. Kemudian, togol (toggle) slider “Show on Lock Screen” untuk dimatikan. Anda perlu melakukan ini untuk setiap aplikasi yang anda ingin sembunyikan notifikasinya pada skrin kunci anda. Notifikasi untuk aplikasi tersebut masih akan muncul dalam history anda dan dalam banner apabila telefon tersebut dibuka.

kredit : HTG
kredit : HTG

Anda boleh menggunakan pilihan lain di sini untuk mengkonfigurasi dengan tepat di mana notifikasi aplikasi akan muncul samada dalam history, dalam pop-up banners, atau sebagai badge pada ikon aplikasi itu. Anda juga boleh melumpuhkan (disable) notifikasi sepenuhnya untuk aplikasi dari sini dan ianya tidak akan muncul apabila telefon anda dibuka.

Read More  Aplikasi SuperAwesome: Alternatif Youtube untuk Kanak-kanak
Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...