Bagaimana Hendak Kongsikan Senarai Lagu Spotify Anda Dengan Rakan-Rakan Atau Dunia?

796

Spotify dan perkhidmatan streaming yang lain telah mengubah cara orang mendengar muzik. Sebelum ini senarai lagu atau lebih dikenali sebagai playlist selalunya dimiliki oleh DJ radio, album kompilasi tahunan dan banyak lagi. Kini sesiapa sahaja boleh mencipta senarai lagu sendiri dalam beberapa minit! Hebat kan?

kredit : HTG

Tetapi, jika anda hendak mencipta sesuatu playlist, anda tidak boleh main terjah sahaja. Anda memerlukan beberapa kemahiran supaya senarai lagu yang dihasilkan itu adalah bagus. Anda tidak boleh sesuka hati menyusun lagu mengikut kemahuan anda melainkan hanya anda seorang yang mahu mendengar senarai lagu itu.

Disebabkan inilah, Spotify, Apple dan Google sanggup membayar golongan professional untuk mencipta senarai lagu ini. Jika anda telah mengumpulkan sesuatu lagu yang anda sangat berpuas hati dan ingin berkongsi senarai lagu itu, Spotify boleh membantu anda dalam hal ini.

Berkongsi Senarai Lagu Dengan Rakan-Rakan

Untuk berkongsi senarai lagu anda dengan rakan-rakan, pertama sekali buka Spotify dan pergi ke senarai lagu yang anda ingin kongsikan. Klik atau tekan pada tiga titik kecil di bahagian atas dan pilih “Share”. Ia akan memberikan anda semua pilihan perkongsian. Inilah bagaimana ia kelihatan pada aplikasi desktop.

kredit : HTG

Ini pula bagaimana ia kelihatan pada peranti mudah alih.

kredit : HTG
kredit : HTG

Spotify mempunyai beberapa pilihan yang terbina di dalamnya seperti berkongsi ke Facebook, Messenger, dan juga Twitter. Anda juga mempunyai pilihan “Copy Playlist Link” untuk menyalin pautan senarai lagu anda ke clipboard anda. Anda hanya perlu kongsikannya mengikut kemahuan anda samada mahu berkongsi ke laman sosial dan sebagainya.

Sebagai contoh ini adalah pautan untuk senarai lagu Pop Punk Faves yang dicipta oleh Harry Guinness. Jika anda klik pada pautan itu, senarai lagu itu akan dibuka pada browser dan anda boleh mainkan lagu-lagu tersebut.

Read More  Bagaimana Untuk Mengurangkan Saiz Whatsapp Dalam iPhone Anda
kredit : HTG

Berkongsi Senarai Lagu Kepada Umum (Public)

Selain berkongsi dengan rakan-rakan, anda juga boleh kongsikan senarai lagu anda kepada umum yang bermaksud anda mahu kongsikannya kepada seluruh dunia. Sebelum ini, jika anda mahu berkongsi dengan rakan-rakan, anda hanya perlu kongsikan melalui pautan, Twitter dan sebagainya.

Tetapi jika anda mahu orang lain/strangers juga mengetahui senarai anda itu, anda hanya perlu kongsikannya kepada umum melalui Spotify. Dengan cara ini, orang ramai akan menemui senarai lagu anda apabila mereka mencarinya di Spotify. Dalam tangkapan skrin di bawah, anda boleh lihat kami mencari senarai lagu pop punk yang lain.

kredit : HTG

Untuk menjadikan senarai lagu anda itu dapat dikongsikan kepada umum, anda hanya perlu klik atau tekan pada tiga titik kecil seperti sebelum ini dan kemudian klik pada pautan “Make Public”. Kini ia akan muncul dalam carian Spotify oleh pengguna lain.

kredit : HTG

Fungsi pencarian Spotify, bagaimanapun, tidaklah bagus sangat. Kebanyakan masa, ia cuma mencari lagu dan artis dan bukannya senarai lagu (playlists). Sekiranya anda benar-benar mahukan orang ramai menemui senarai lagu anda, anda boleh kongsikannya pada servis seperti Playlist.net.

kredit : HTG

Playlists.net adalah cara terbaik untuk orang ramai kongsikan senarai lagu. Klik pada “Submit A Playlist”, daftar masuk menggunakan akaun Spotify anda, dan kemudiannya pilih senarai yang anda mahu kongsikan. Tambah tajuk, genre, sedikit deskripsi dan imej dan kemudian klik “Submit Playlist”.

kredit : HTG

Itu sahaja! Selamat mencuba!

Anda boleh ikuti artikel di bawah mengenai Spotify jika anda berminat:
Read More  Lindungi Mata Anda Dari Cahaya Telefon Bimbit Yang Membahayakan Dengan Blue Light Filter

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...