Lima Cara Untuk Mengosongkan Ruang (Free Up Space) Pada Peranti Android Anda!

13,600

Ruang pada telefon dan tablet Android boleh terisi dengan cepat terutamanya apabila anda memuat turun aplikasi, menambah fail media seperti muzik dan video serta data cache untuk digunakan di luar talian.

Kebanyakan peranti yang lower-end atau dengan kata mudahnya peranti Android yang murah hanya mempunyai storan sebanyak beberapa gigabytes sahaja menjadikan masalah ini bertambah rumit.

kredit : HTG

Dengan berkurangnya ruang yang anda miliki, lebih banyak masa yang anda perlu habiskan untuk mengosongkan ruang storan anda. Jika anda rasa telefon anda kerap kekurangan/kehabisan ruang storan kami mencadangkan anda untuk mendapatkan telefon yang mempunyai ruang storan yang lebih besar.

Tetapi, jika anda tidak mampu untuk mendapatkan telefon lain dalam masa terdekat ini, anda boleh ikuti cara di bawah untuk mengosongkan ruang storan pada peranti Android anda.

#1 : Gunakan Alat Penyimpanan Yang Terbina (Built-in Storage Tool) di Android

Android versi moden mempunyai storage pane yang akan menunjukkan kepada anda dengan tepat apa yang memenuhi ruang storan pada peranti anda. Untuk melakukan ini, buka skrin “Settings” dan klik pada “Storage”. Anda boleh lihat berapa banyak storan telah digunakan oleh aplikasi dan data mereka, gambar dan video, fail audio, muat turun, data cache dan lain-lain fail.

kredit : HTG

Sebagai contoh, anda boleh klik pada Apps untuk melihat senarai aplikasi yang menggunakan ruang yang paling banyak dan anda boleh mengeluarkannya. Anda juga boleh klik pada muat turun untuk melihat senarai muat turun anda di mana anda boleh mengalih keluar fail yang anda tidak mahu dan juga klik pada data cache untuk mengosongkan data pada semua aplikasi yang dipasang pada peranti anda.

kredit : HTG

Selain itu, anda juga boleh klik pada pilihan “Other” untuk melihat fail lain yang mengambil ruang storan anda dan anda boleh membuang mana-mana yang anda rasa tidak mahu. Apabila berurusan dengan aplikasi, ambil perhatian bahawa aplikasi itu sendiri, datanya, dan cachenya yang dijumlahkan untuk mengira sebanyak mana ruang yang telah diambilnya.

Read More  Isu Penggunaan Memori & Kebocoran Memori Google Chrome

Sebagai contoh, jika anda mempunyai Spotify di telefon anda dan anda sering mendengar muzik di luar talian, Spotify mungkin menggunakan ruang lebih daripada 1 GB! Banyak kan? Anda boleh mengosongkan cache Spotify secara paksa untuk menghapuskan semua ini, atau membuka aplikasi Spotify dan mengubah tetapannya agar ia menggunakan sedikit cache sahaja apabila anda mendengar muzik di luar talian.

Mana-mana aplikasi yang menggunakan data cache untuk kegunaan di luar talian akan berfungsi seperti ini. Dalam tangkapan skrin di bawah, Google Play Music hanya bersaiz 40.66MB tetapi ia menyimpan data cache untuk muzik sebanyak 2.24GB.

kredit : HTG

Anda boleh melihat berapa banyak ruang yang setiap aplikasi gunakan untuk fail data tersebut dan anda boleh mengeluarkan data cache untuk satu-satu aplikasi dengan hanya tiga kaedah iaitu dengan klik padanya dalam senarai Aplikasi, klik Applikasi pada storage pane atau klik pada Applikasi pada skrin “Settings” utama.

#2 : Lihat Folder Dan Fail Mana Yang Mengambil Ruang Yang Paling Banyak

Alat yang terbina di dalam Android sangat berguna untuk memvisualisasikan ruang yang digunakan oleh pelbagai jenis data, tetapi bukan jumlah ruang yang digunakan oleh folder dan fail individu. Untuk ini, anda memerlukan aplikasi pihak ketiga seperti DiskUsage yang hebat dan percuma. Muat turunnya dari Google Play, lancarkannya, dan anda boleh scan fail sistem pada peranti anda.

Gunakan visualisasi itu untuk melihat folder dan fail manakah yang mengambil ruang paling banyak. Anda boleh memadamnya terus dari aplikasi DiskUsage untuk membebaskan ruang. Contohnya, anda mungkin melihat sisa folder daripada permainan atau aplikasi yang telah anda muat turun. Aplikasi itu sepatutnya telah mengeluarkan data itu, tetapi anda boleh melakukannya sendiri dengan aplikasi ini. Pilih folder atau fail tersebut, klik pada butang menu, dan klik “Delete” untuk mengeluarkannya.

Read More  Belum raya pun dah "pokai"?
kredit : HTG
kredit : HTG

Harus diingatkan bahawa anda hanya boleh memadamkan fail yang bergantung pada aplikasi ini. Jangan padamkan data yang dimiliki oleh aplikasi melainkan anda bersedia untuk kehilangan data itu. Dalam kebanyakan kes, data itu akan diselaraskan dalam talian dengan cara tertentu dan anda hanya perlu memuat turun semula data itu jika anda memerlukannya.

#3 : Tambah Kad SD Dan Pindahkan Data Ke Situ

Banyak peranti Android masih mempunyai slot kad microSD meskipun ianya semakin pupus pada peranti Android yang baru dan moden. Jika telefon atau tablet anda mempunyai slot kad microSD, anda boleh membeli kad microSD dan memasukkannya ke dalam peranti anda untuk mendapatkan lebih banyak storan.

Storan yang anda dapat itu boleh menyimpan muzik, video, gambar dan fail media serta lain-lain bahkan aplikasi juga! (lihat bahagian seterusnya).  Sesetengah aplikasi membolehkan anda memindahkan lokasi cache mereka ke kad SD juga.

kredit : HTG

Jika peranti anda sudah mempunyai kad SD, ini adalah pilihan yang baik jika anda mahukan storan yang lebih banyak. Harga kad MicroSD agak murah, jadi anda boleh upgrade ia dan dapatkan lebih banyak ruang storan dengan harga yang murah. Kami dapati kad microSD boleh didapati dengan harga serendah RM20 di Lazada.

Selepas anda sudah memasang kad SD, formatnya sebagai storan mudah alih atau dalaman (jika telefon anda menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas), kemudian hubungkan peranti anda ke komputer anda dan alihkan muzik, media dan fail lain ke kad SD.

#4 : Pindahkan Applikasi Ke Kad SD

Bergantung pada telefon dan versi Android anda, anda juga boleh memindahkan aplikasi anda ke kad SD untuk membebaskan ruang. Pengguna Android Marshmallow dan ke atas boleh melakukan ini dengan memformat kad SD sebagai storan dalaman. Hasilnya, kad SD akan dilihat sebagai storan setempat (local) pada peranti itu.

Read More  Bagaimana Untuk Membuka Fail Offices Tanpa Digodam?
kredit : HTG
kredit : HTG

Sistem akan menentukan aplikasi mana yang sesuai untuk dipindahkan ke kad SD, dan anda hanya perlu teruskan sahaja. Anda tidak akan dapat membezakan antara storan dalaman sebenar dan kad SD yang telah diformat untuk kegunaan dalaman, namun jangan risau kini terdapat cara untuk memidahkan satu-satu aplikasi secara manual.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara memindahnya, anda boleh ikuti artikel dari How To Geek untuk melakukannya. Sebagai peringatan, anda tidak akan dapat memindahkan kad SD anda di antara peranti lagi, kecuali jika anda memadam dan memformatkannya semula.

#5 : Pindahkan Foto Ke Cloud

Foto boleh mengambil banyak ruang pada telefon pintar anda. Daripada menyimpan semuanya di telefon anda, anda boleh menggunakan aplikasi yang boleh memuat naik foto yang anda ambil secara automatik ke akaun dalam talian seperti Google Photos, Dropbox, Microsoft OneDrive, Flickr, atau lain-lain.

Google Photos telah diintegrasikan ke dalam aplikasi “Photos” pada peranti Android anda dan ia menawarkan storan foto tanpa had! Anda boleh mengaksesnya terus dari aplikasi “Photos” atau di photos.google.com di mana-mana komputer.

Tidak kira macam mana cara anda melakukan ini, anda boleh menggunakan aplikasi “Photos” pada peranti anda untuk mengalih keluar salinan foto yang disimpan pada peranti anda itu sendiri dan ini dapat membebaskan ruang. Anda juga boleh menyalin foto tersebut ke komputer anda dan melakukan backup dengan cara yang lama.

Bahagian terbaik apabila menggunakan kaedah ini ialah anda masih boleh mengakses semua foto anda melalui aplikasi “Photos”, tanpa mengira sama ada mereka disimpan secara setempat atau di cloud. Menarik kan?

kredit : HTG

Jika anda tidak suka menggunakan Google Photos, anda juga boleh melakukan ini dengan aplikasi lain, seperti Dropbox dan sebagainya mengikut kemahuan anda.

Itu sahaja! Diharapkan dengan lima kaedah ini, anda dapat membebaskan sedikit ruang pada telefon anda itu! Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...