Kini Anda Boleh Kongsikan Facebook Stories Dalam Grup Dan Acara!

946

Beberapa hari lepas, Facebook telah melancarkan ciri terbaru mereka iaitu kolaboratif Facebook Stories untuk Group dan juga Event! Apa yang menariknya ialah, ia membenarkan pengguna untuk berkongsi Stories dalam Grup ataupun Event yang disertai oleh mereka.

Lebih menarik lagi, Stories tersebut hanya dapat dilihat oleh orang yang terlibat sahaja dan akan dipantau admin di dalam Grup/Event tersebut. Ciri ini sangat menarik dan berguna untuk acara seperti pesta, majlis perkahwinan, pertemuan dan banyak lagi.

kredit : TC

Pada dasarnya, kolaboratif Stories ini akan berfungsi seperti hashtag peribadi di mana orang lain boleh menambah sesuatu kandungan berdasarkan hashtag tersebut tetapi hanya mereka yang terlibat sahaja dapat melihat dan menambahnya.

Pengguna Facebook kini boleh melihat Stories di halaman Acara/Event yang disertai mereka dan juga halaman Grup serta tidak lupa juga di atas News Feed mereka seperti sebelum ini.  Mereka boleh post Stories apabila mereka berada di dalam halaman Acara atau Grup yang disertai mereka, atau mereka juga boleh post Stories ke dalam halaman tersebut melalui pilihan share sheet. 

Untuk memastikan anda jelas mengenai konsep ini, anda boleh menonton video di bawah untuk melihat bagaimana kolaboratif Event Stories ini berfungsi.

Sementara itu, Facebook turut mengumumkan yang mereka juga telah melancarkan Facebook Stories untuk pengguna aplikasi Facebook Lite. Buat masa ini, pengguna yang menggunakan Facebook Lite hanya dapat melihat Stories tetapi tidak dapat post Stories mereka sendiri namun Facebook menyatakan yang mereka akan membuat ciri itu tersedia tidak lama lagi buat pengguna Facebook Lite.

Facebook Stories yang dikongsi oleh ahli dalam Grup/Event akan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh admin. Oleh itu, admin boleh membenarkan post dari semua orang atau memadam mana-mana yang mereka tidak suka, atau mereka boleh mendapatkan kelulusan/kebenaran untuk post sesuatu Stories.

Read More  Bagaimana Hendak Mengaburkan Sesuatu Muka Dan Juga Teks Di Photoshop?
kredit : TC

Dengan melakukan ini, Facebook berharap lebih ramai pengguna akan menggunakan Stories sepertimana di Snapchat dan juga Instagram. Facebook mengambil berat mengenai hal ini dan berharap dapat memuaskan hati penggunanya dari semasa ke semasa.

Sumber : Tech Cruch

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...