Bagaimana Hendak Menyekat Mesej Teks Dan Panggilan Daripada Nombor Tertentu Di Android?

3,631

Kami pasti anda semua pernah berada di situasi ini. Kadang-kadang kita menerima mesej teks yang pelik-pelik daripada pengirim yang tidak kita ketahui. Atau mungkin mesej tersebut adalah spam. Situasi ini pasti membuatkan anda rasa annoying dan menyampah kan?

Jadi apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Jalan terbaik adalah dengan menyekat (block) nombor tersebut.

kredit : HTG

Tetapi persoalannya di sini ialah, terdapat banyak pengeluar telefon Android di luar sana dan setiap satunya mempunyai aplikasi SMS yang berbeza dan mempunyai tetapan yang berlainan antara satu sama lain. Jadi ini mungkin menjadikannya sedikit sukar untuk melakukan pada telefon anda.

Untuk memudahkan anda semua, kami akan menerangkan cara melakukan ini pada aplikasi permesejan pada peranti Pixel / Nexus dan ia juga tersedia untuk dimuat turun daripada Google Play Store yang dikenali sebagai Android Messages.

Anda tidak perlu menggunakan aplikasi ini sebagai aplikasi SMS utama anda selepas anda sudah menyekat nombor-nombor yang anda tidak mahu itu kerana aplikasi ini sudah menyekat nombor tersebut untuk keseluruhan sistem anda. Jika anda menggunakan peranti seperti Pixel, anda tidak perlu memuat turun aplikasi ini kerana ia sudah tersedia pada telefon anda.

Sebagai makluman, Android hanya membenarkan satu aplikasi SMS sahaja untuk berfungsi pada satu-satu masa, jadi sebaik sahaja anda memasang aplikasi tersebut, anda perlu menetapkannya sebagai default, dan jangan risau ia hanya bersifat sementara sahaja.

Untuk melakukan ini, buka aplikasi Android Messages tersebut. Ia akan memberikan anda sedikit nota mengenai apa yang dilakukan oleh aplikasinya sebaik sahaja anda membukanya. Anda cuma perlu klik pada butang “Next” dan kemudiannya klik “OK” pada mesej yang pop-up selepas itu untuk menetapkannya sebagai default.

kredit : HTG
kredit : HTG

Untuk menyekat sesuatu nombor itu, anda boleh melakukannya melalui dua kaedah.

Read More  Gunakan Trik Ini Untuk Menukarkan Sebarang Imej Kepada PDF di Windows 10

Kaedah Pertama: Sekat Nombor Secara Langsung Dari Mesej

Cara yang paling mudah untuk menyekat SMS daripada orang tertentu ialah dengan menyekatnya secara terus dari mesej yang dihantar. Untuk melakukan ini, buka thread perbualan dari mereka dalam aplikasi Messages. Klik pada tiga titik di sudut atas kanan dan kemudian pilih “People and Options.”

kredit : HTG
kredit : HTG

Klik pada “Block <nombor>.” Satu tetingkap akan muncul untuk mengesahkan bahawa anda ingin menyekat nombor tersebut dengan menyatakan bahawa anda tidak lagi akan menerima panggilan atau teks daripada orang tersebut. Klik “Block” untuk mengesahkan.

kredit : HTG
kredit : HTG

Nah, kini nombor tersebut sudah disekat!

Kaedah Kedua: Blok Nombor Secara Manual

Sekiranya anda tidak mempunyai mesej terbuka dengan orang yang anda ingin sekat, anda boleh memasukkan nombor mereka secara manual untuk menyekat mereka. Dari interface Messages utama, klik pada tiga titik di sudut atas kanan dan kemudian pilih “Blocked Contact.”

kredit : HTG
kredit : HTG

Klik pada “Add A Number”. Dari sini, anda hanya perlu memasukkan nombor yang anda hendak sekat dan kemudian klik “Block.” Senang kan?

kredit : HTG
kredit : HTG

Dan itu sahaja! Kini nombor yang anda sekat itu tidak akan muncul lagi pada mana-mana aplikasi atau sistem di telefon anda! Fuhh lega kan?

Cara Untuk Unblock Nombor Yang Sudah Disekat

Jika anda mahu menyahsekat nombor yang anda sudah sekat pada masa hadapan, anda hanya perlu buka kembali aplikasi Messages dan kemudiannya pergi ke “Blocked Contacts” dan klik pada “X” bersebelahan nombor yang anda sudah sekat itu. Itu sahaja!

kredit : HTG

Selain itu, untuk menukar aplikasi pemesejan default anda kepada apa yang anda gunakan sebelum ini, buka saja aplikasi lama anda. Ia akan mengeluarkan mesej meminta anda untuk menetapkannya sebagai default.

Sekiranya itu tidak berlaku, anda boleh pergi ke Settings> Apps> Default Apps dan pilih aplikasi SMS pilihan anda di bawah entri “Messaging app”.

Read More  Google Assistant Kini Mempunyai Pilihan Suara Lelaki

Itu sahaja! Mudah kan? Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa kongsikannya dengan rakan-rakan anda!

NOTA : Sekiranya anda mempunyai masalah dengan kaedah ini atau anda tidak dapat menyekat nombor yang anda tidak mahu itu, anda boleh berjumpa dengan operator telefon anda atau pihak berwajib demi menjaga keselamatan anda.  

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...