Bagaimana Hendak Menyekat (Block) Seseorang di Twitter

281

Anda pengguna Twitter? Mesti kadang-kadang anda rasa macam ‘menyampah’ dengan tweet sesorang yang mungkin berbaur perkauman, politik, keganasan dan sebagainya kan?

Ataupun mungkin ada pemilik akaun Twitter yang sering menggangu anda sehinggakan anda berasa tidak tenteram?

Meskipun anda telah unfollow akaun tersebut pun, anda masih boleh melihat tweet pemilik akaun tersebut apabila ada orang yang anda follow telah retweet tweet orang tersebut.

kredit : HTG

Jalan terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan menyekat (block) orang tersebut. Jadi apakah yang terjadi apabila anda menyekat sesorang di Twitter?

  • Mereka secara automatik akan unfollow anda.
  • Anda secara automatik unfollow mereka.
  • Anda tidak boleh mengikuti (follow) satu sama lain lagi.
  • Tweet mereka tidak akan muncul pada Timeline anda meskipun mereka tag anda.
  • Mereka tidak dapat melihat Tweet anda apabila mereka melog masuk Twitter.
  • Mereka tidak boleh menghantar Direct Messages kepada anda.
  • Mereka tidak boleh tag anda dalam foto.
  • Mereka tidak boleh melihat Followers, Following, Likes, atau Lists anda.
  • Mereka tidak boleh menambah anda ke Lists.

Perlu diingat ini hanya berfungsi apabila orang yang anda sekat melog masuk akaun Twitternya. Jika anda mempunyai akaun awam (public account), mereka masih dapat melihat Tweet dan maklumat anda meskipun mereka tidak melog masuk akaun mereka.

Selain itu, anda harus ingat yang anda cuma menyekat akaun tersebut dan bukannya orang itu. Jadi jika mereka membuat akaun baru, mereka masih boleh mengganggu anda. Oleh itu, jika orang tersebut masih mengganggu anda, jangan teragak-agak untuk hubungi polis dan pihak berwajib.

Buat masa ini, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghalang gangguan dalam talian tetapi dengan melaporkan masalah itu, anda sekurang-kurangnya telah ‘menakutkan’ mereka tentang tindakan mereka itu.

Read More  Akhirnya Grab Telah Membenarkan Penggunanya Menangkap Gambar Untuk Pemandu Mengesan Lokasi Anda

Bagaimana Untuk Menyekat Seseorang di Twitter

Jika anda rasa anda mahu menyekat seseorang di Twitter, anda boleh ikuti cara di bawah ini. Anda boleh melakukannya melalui dua kaedah iaitu melalui laman web Twitter ataupun pada aplikasi Twitter di telefon mudah alih anda itu.

Dari Laman Web Twitter

Di tweet pengguna yang anda mahu sekat itu, klik pada anah panah yang menunjukkan ke bawah pada tweet tersebut, kemudian klik pada pautan “Block @username”.

kredit : HTG

Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke profil pengguna Twitter yang anda mahu sekat. Klik pada ikon “Gear” di sebelah butang “Follow”. Dari menu dropdown itu, klik pada “Block @username”.

kredit : HTG

Itu sahaja! Dan kini anda sudah menyekat akaun Twitter tersebut.

Pada Aplikasi Twitter Di Telefon Mudah Alih Anda

Meskipun contoh ini dilakukan pada iPhone, prosesnya adalah sama untuk pengguna Android juga. Pada tweet pengguna yang anda bakal sekat itu, klik pada anak panah ke bawah sama seperti di laman web.

kredit : HTG

Daripada menu yang muncul, klik pada “Block @username”.

kredit : HTG

Sama juga seperti di laman web, sebagai alternatif, anda boleh pergi ke profil akaun Twitter tersebut dan klik pada ikon “Gear” yang ada di bahagian atas profil pengguna Twitter itu.

kredit : HTG

Setelah anda klik ikon “Gear” tersebut, klik pada pautan “Block @ username”.

kredit : HTG

Itu sahaja! Senang kan? Kami harap anda tidak akan lagi diganggu atau melihat akaun Twitter yang annoying lagi pada Timeline anda. Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...