Bagaimana Hendak Menjadikan Audio Telefon Android Anda Kepada “Mono” Supaya Anda Boleh Memakai Sebelah “Earbud” Sahaja?

567

Apabila anda mendengar muzik terutamanya menggunakan earbud, anda secara amnya akan mendengar dua perkara berbeza dari setiap pembesar suara (speaker) dan ini dipanggil bunyi “stereo”.

Muzik yang anda dengar akan lebih jelas dan sedap didengar apabila anda menggunakan kedua-dua belah earbud tersebut. Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu menggunakan sebelah earbud sahaja atas pelbagai alasan.

kredit : HTG

Sebagai contoh, anda mungkin mahu memakai satu earbud sahaja ketika anda tengah bersenam, kayuh basikal dan lakukan pelbagai aktiviti luar yang lain. Atau anda memang seorang yang suka mendengar muzik menggunakan sebelah earbud sahaja.

Apa sahaja alasan anda, anda boleh melakukannya (menjadikan audio anda kepada mono) dengan mudah pada peranti Android anda!

NOTA : Kami menggunakan Android 8.1 pada Pixel 2 XL di sini, jadi ia mungkin kelihatan sedikit berbeza pada peranti anda jika anda menggunakan peranti yang lain.

Pertama sekali, tarik panel notifikasi ke bawah dan klik pada ikon gear.

kredit : HTG

Kemudian cari entri “Accessibility”.

kredit : HTG

Dalam menu itu, cari pilihan “Mono Audio” dan kemudian toggle ia kepada “ON”.

kredit : HTG

Pada peranti Samsung Galaxy, anda perlu mengklik menu “Hearing” sebelum anda dapat melihat entri “Mono Audio”.

kredit : HTG
kredit : HTG

Nah, selepas ini, semua audio anda akan dimainkan untuk kedua-dua belah earbud dengan sama kualiti dan bunyi, jadi anda boleh menggunakan sebelah earbud untuk mendengar muzik, atau guna sahaja kedua-duanya, tiada masalah!

Selamat mencuba!

NOTA : Jika anda pengguna iPhone dan mahu melakukan ini pada iPhone anda juga, anda boleh ikuti artikel kami di sini.

Sumber : How To Geek
Read More  Tutorial & Tips Untuk Kamera Google Pixel 2

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...