Cara Untuk Menghapuskan Malware Dan Adware Pada Mac Anda!

805

Jangan ingat Mac pun tak boleh kena malware! Ya, Mac pun boleh terkena perisian yang berniat jahat. Berbanding virus, worms, Trojans dan lain-lain yang serupa seperti itu, kini terdapat program spyware dan adware yang akan membanjiri anda dengan iklan dan pengintip/spy pada saat anda melayari laman web sama seperti di Windows.

Mac mempunyai beberapa perlindungan bersepadu terhadap perisian yang berniat jahat, tetapi ia tidak sempurna. Kebanyakan perlindungan tersebut tidak dapat menghalang adware dan spyware yang selalunya muncul apabila kita mahu memuat turun sesuatu aplikasi.   

kredit : HTG

Gunakan ‘Malwarebytes For Mac’

Malwarebytes telah membuat utiliti keselamatan yang baik untuk Windows. Kini ianya sudah tersedia untuk pengguna Mac dan terdapat dua versi Malwarebytes for Mac iaitu versi percuma dan versi premium.

Pengimbas standard yang akan memeriksa dan membuang malware pada sistem anda adalah versi percuma. Sesiapa sahaja boleh memulakan imbasan dan menghapuskan malware dengan Malwarebytes for Mac tanpa perlu membelanjakan sesen pun.

Lain pulak dengan versi premiumnya. Ciri-ciri premium Malwarebytes ini akan memantau Mac anda untuk malware dan spyware, mencegah virus sebelum ia berlaku, dan memuat turun kemas kini terkini secara automatik dan sudah tentunya ia memerlukan wang tetapi jangan risau, Malwarebytes menyediakan percubaan percuma untuk anda selama 30 hari.

Jika anda ingin mengeluarkan malware, spyware, dan perisian sampah lain dari Mac anda, kami mengesyorkan anda untuk memuat turun dan jalankan Malwarebyes for Mac. Versi percumanya adalah sesuai untuk anda jika anda hanya mahu menyemak dan membuang sebarang malware yang dikesan.

Tetapi, jika anda menginginkan sesuatu yang berjalan di belakang dan secara automatik mengimbas muat turun anda dan memantau sistem anda, anda mungkin memerlukan versi yang berbayar iaitu versi premiumnya.

Read More  Bagaimana Untuk Mengelakkan Windows 10 Restart Semasa Anda Menggunakannnya
kredit : HTG

Bagaimana Hendak Elakkan Malware Pada Mac? 

Sudah pastinya perisian sampah yang annoying ini masih menjadi masalah untuk pengguna Mac. Mac mempunyai ciri anti-malware yang dikenali sebagai “XProtect” atau “File quarantine”, tetapi ia hanya menghalang segelintir malware yang berniat jahat itupun selepas ia sudah merebak.

Ianya tidak menjamin yang ia akan menghalang apa-apa malware yang baru dan bertahan ke atas apa-apa serangan adware dan spyware di luar sana. Anda perlu melakukan langkah-langkah keselamatan anda sendiri dalam talian untuk mengelakkan serangan jahat ini.

Kebanyakan adware yang paling annoying ini datang dengan cara yang sama pada Windows iaitu melalui aplikasi muat turun. Mereka akan berpura-pura menjadi aplikasi sebenar, memasukkan diri mereka di dalam pakej muat turun, atau membawa anda ke halaman muat turun yang palsu dan pastinya mempunyai banyak perisian berniat jahat.

Sebagai langkah keselamatan, dapatkan aplikasi yang anda mahu dari Mac App Store atau laman web pemaju yang sah. Elakkan menjalankan perisian yang anda ragu-ragu dengannya terutamanya yang tidak mempunyai nama pemaju.

kredit : HTG

Tidak seperti di Windows, Mac tidak mempunyai program Add / Remove di mana anda boleh melihat apa yang telah dipasang dan membuangnya dengan cepat. Di Mac, ianya agak susah untuk mengetahui cara untuk membuang perisian sampah ini. Malwarebytes boleh mencari dan membuang junkware ini secara automatik, dan inilah sebab kenapa ianya sangat berguna untuk pengguna Mac.

Bagaimana Dengan Program Antivirus Penuh Lain di Mac? 

Terdapat beberapa syarikat antivirus yang kini sedang membuat dan menjual program antivirus penuh untuk macOS. Aplikasi-aplikasi ini agak mirip seperti di Windows yang mana ia akan berjalan di belakang dan mengesan sebarang perisian sampah yang ada di dalam sistem anda dan juga pelbagai ciri yang menarik lagi. Ianya berfungsi sama seperti Malwarebytes Premium for Mac juga.

Read More  Menambahbaik Hayat Bateri MacBook Anda

Secara jujurnya, kami tidak mengetahui apa yang perlu disarankan jika anda sedang mencari program antivirus yang lebih tradisional. Ini kerana tidak banyak ujian yang dilakukan untuk program antivirus untuk Mac berbanding untuk Windows. Malwarebytes for Mac adalah perisian yang sangat bagus dan kini ia menawarkan pengimbasan automatik jika anda menginginkannya.

Ia akan menghapuskan banyak perisian sampah di luar sana yang menjadikannya pilihan utama kami. Pada Windows, kebanyakan program antivirus tidak akan membuang adware dan spyware ini (yang dikenali sebagai “potentially unwanted programs” atau “PUP”), jadi kami tidak pasti jika program antivirus penuh lain akan menjadi sebaik Malwarebytes untuk kebanyakan cirinya.

Jika anda mendisiplinkan diri anda dengan menggunakan Mac App Store sahaja untuk memuat turun apa-apa aplikasi dan sentiasa mengemaskini perisian anda, kami yakin anda tidak akan mendapat serangan yang jahat ini.

Sebaliknya, jika anda jenis yang suka memuat turun banyak perisian dari laman web dan mungkin juga telah bypass perlindungan Mac anda untuk memasang aplikasi yang tidak sah, program antivirus ini adalah jalan yang terbaik untuk anda.

Walau bagaimanapun, seperti di Windows PC, antivirus yang sentiasa mengimbas di belakang boleh membuatkan Mac anda agak perlahan dan akan mengurangkan hayat bateri anda.

Kami mengesyorkan Sophos Home for Mac sebagai antivirus percuma yang paling popular untuk Mac jika anda mahu. Selain itu, AV-TEST juga merupakan perisian yang baik dan ia tidak akan cuba memasang sebarang perisian tambahan pada PC anda.

kredit : HTG

Ia cuma memerlukan anda untuk membuat akaun Sophos secara percuma sebelum anda boleh memuat turunnya. Anda boleh mencubanya jika anda tercari-cari program antivirus yang percuma, lengkap dan dapat mengesan dan membuang virus/malware dengan sangat baik.

Read More  CTRL+Enter Bakal Menjadi Kawan Anda!

Sekiranya Mac anda sudah dijangkiti, aplikasi ini boleh melakukan imbasan penuh untuk sistem anda terhadap malware seperti pada Windows.

Jadi anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan serangan malware/adware/spyware pada Mac anda? Jangan lupa kongsikan artikel ini jika anda rasa ianya bermanfaat!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...