Bagaimana Hendak Mengembalikan Firefox Ke Tetapan ‘Default’ Semula?

508

Mana-mana browser boleh menjadi lambat dan tidak berfungsi dengan baik dari semasa ke semasa terutamanya apabila anda memasang add-on, menambah jumlah history ketika anda melayari laman web dan juga menukar tetapan browser anda.

Untuk itu, Firefox mempunyai ciri “Refresh” di mana ia akan refresh profil anda dengan cepat dan ‘membersihkan’ browser anda sambil mengekalkan data penting anda. Ini sangat berlainan dengan ciri refresh untuk satu-satu halaman pada sesuatu masa seperti yang kebiasaannya kita lakukan.

kredit : HTG

Apa Yang “Refresh” Ini Kekalkan Dan Apa Yang Dihapuskannya?

Ciri “Refresh” ini tidak akan memadamkan semuanya. Firefox akan menyimpan bookmarks anda dan kata laluan yang disimpan. Anda juga akan ditanya jika anda ingin membuka semula tab anda yang anda buka sebelum proses “Refresh” ini dilakukan, jadi anda tidak akan kehilangan tab semasa anda itu.

Walau bagaimanapun, ia akan memadamkan semua add-ons yang dipasang dan semua data yang disimpan secara setempat (locally). Ia juga akan menetapkan semula tetapan browser anda kepada nilai default dan membersihkan sejarah/history browser anda dan data cache yang lain.

Ini memastikan sebarang masalah yang disebabkan oleh sambungan atau isu yang salah dengan tetapan Firefox akan dibetulkan oleh proses ini, di samping mempercepat Firefox yang perlahan dan memperbaiki masalah lain. Dan yang paling penting, data peribadi penting anda akan disimpan jadi anda tidak perlu risau jika anda akan kehilangannya.   

Bagaimana Untuk Refresh Firefox 

Untuk melakukan ini, klik butang menu di sudut atas sebelah kanan tetingkap Firefox.

kredit : HTG

Klik pada pilihan “Help” di bahagian bawah dalam menu tersebut.

kredit : HTG

Kemudian, klik pada pautan “Troubleshooting Information” di dalam menu “Help” tadi.

Read More  Elakkan Komputer Riba Daripada Overheat Menggunakan Duit Syiling
kredit : HTG

Seterusnya, klik pada butang “Refresh Firefox” di penjuru atas sebelah kanan pada halaman “Troubleshooting Information”.

kredit : HTG

Anda akan diberi amaran bahawa ia akan mengalih keluar add-ons pada browser anda, menetapkan semula penyesuaian (customization) anda dan mengembalikan data browser lain ke tetapan default.  Klik “Refresh Firefox” untuk mengesahkan bahawa anda ingin melakukan perubahan ini.

kredit : HTG

Firefox akan ditutup sementara ia memadamkan data-data anda yang lama. Selepas beberapa saat, ia akan dibuka semula dengan browser baru dan akan bertanya sama ada anda ingin memulihkan tab yang telah anda buka sebelum ia ditutup tadi.

Itu sahaja! Kini Firefoz anda akan berfungsi seperti baru dipasang yang pastinya tidak akan perlahan dan lag lagi.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...