Bagaimana Hendak ‘Senyapkan’ E-mel Berantai Dalam Gmail?

1,100

Kami pasti anda semua pernah terlibat dengan e-mel berantai yang tidak akan pernah berhenti sehinggakan anda merasa muak dan annoying dengannya, betul tak?

Meskipun anda sudah memadamnya, ia akan muncul kembali apabila ada balasan (replies) yang lain. Nasib baiklah, anda boleh menggunakan ciri “Mute” di dalam Gmail untuk melenyapkan semua perbualan (e-mel berantai) ini secara kekal.

kredit : HTG

Apakah “Muting” dalam Gmail?

Seperti pada TV anda, “muting” e-mel pada dasarnya bermaksud ‘mendiamkannya’. Ini bermakna semua balasan (replies), forward, dan apa-apa sahaja yang berantai tidak akan lagi menganggu anda. Ia tidak akan memberikan notifikasi pada anda bahkan tidak akan masuk lagi ke peti inbox anda.

Dalam ertikata pendek, ia seolah-olah satu butang yang akan melakukan filter secara automatik di mana ia tidak akan memberikan notifikasi untuk e-mel yang berantai atau tidak penting lagi. Anda boleh membaca e-mel tersebut pada masa lain yang anda mahu.

Bagaimana Untuk ‘Mute’ Email dalam Gmail

Sebenarnya untuk ‘mendiamkan’ e-mel dalam Gmail ini sangat mudah! Pertama sekali buka aplikasi web Gmail, kemudian ‘highlight’ e-mel dengan mengklik kotak semak di sebelahnya.

kredit : HTG

Seterusnya, klik butang “More” di bahagian atas. Di situ, klik saja “Mute.” Itu sahaja! Senang kan?

kredit : HTG

Sebagai alternatif, jika anda sejenis pengguna yang suka menggunakan pintasan pada keyboard anda, anda hanya boleh menekan “M” pada papan kekunci anda dengan e-mel tersebut dibuka (bukan ‘highlight’ kan ia) untuk ‘mendiamkannya’ dengan cepat.

Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih Gmail, ia agak berbeza. Daripada ‘highlight’ e-mel, anda perlu membukannya terlebih dahulu. Di sana, klik pada tiga titik di sudut atas sebelah kanan dan pilih “Mute.” Selesai!

Read More  Di Sini Terdapat Senarai Lapangan Terbang Yang Mempunyai Wifi Paling Laju dan Paling Lambat. Anda Confirm Terkejut!
kredit : HTG
kredit : HTG

Bagaimana Hendak ‘Unmute’ E-mel Dalam Gmail

Memandangkan ianya agak mudah untuk ‘mute’ kan sesuatu e-mel, untuk ‘unmute’ kan ia, ianya sedikit rumit. Tetapi ia sebenarnya agak mudah jika anda tahu mana nak carinya.

Cara paling mudah untuk mendapatkan mesej yang telah disenyapkan adalah dengan mengklik pada kotak carian (atau pada ikon kaca pembesar jika anda berada di telefon bimbit) dan kemudian menaip:

is:muted
kredit : HTG

Ia akan menunjukkan semua mesej anda yang sudah ‘senyapkan’. Untuk menyahaktifkannya, cuma ikut cara-cara seperti di atas untuk ‘mute’ tetapi pilih ‘unmute’.

kredit : HTG

Itu sahaja! Selamat mencuba!

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...