Kadang-kadang anda mungkin mahu memadamkan mesej dari WhatsApp. Ini kerana mungkin anda telah menghantar mesej untuk pasangan anda kepada ibu anda, atau mungkin anda ingin menyembunyikan butiran peribadi seperti kata laluan yang anda kongsi dengan penerima anda. Apapun alasannya, mari kita lihat cara untuk melakukannya.

Dengan WhatsApp, anda akan mempunyai dua pilihan apabila anda mahu memadam mesej. Pertama, jika anda memadamkan mesej yang anda telah hantar dalam masa tujuh minit selepas ia dihantar, anda boleh menghilangkannya untuk setiap peranti penerima.
Ini berfungsi tidak kira untuk mesej individu atau dalam kumpulan. Penerima mesej tersebut hanya akan melihat nota yang mengatakan mesej itu telah dipadamkan. Walaupun mereka sudah membacanya, jika anda memadamnya dalam masa tujuh minit, mesej tersebut akan hilang.
Kedua, jika anda menunggu lebih daripada tujuh minit untuk memadamkan mesej atau memadam mesej yang telah dihantar oleh orang lain kepada anda, ia akan menjadi sedikit berbeza. Anda masih boleh memadamnya dari peranti anda, tetapi ia akan kekal pada orang lain. Ini akan melindungi anda jika seseorang membaca mesej WhatsApp anda, tetapi maklumat itu masih di luar sana.
Pada iPhone
Untuk memadam mesej WhatsApp pada iOS, tekan lama pada mesej tersebut dan klik butang Delete diikuti dengan ikon padam (tong sampah).


Pilih sama ada anda mahu Padam Mesej untuk Semua Orang (Delete the Message for Everyone) atau hanya dari peranti anda sendiri. Sekiranya ia sudah lebih dari tujuh minit sejak anda menghantar mesej atau orang lain menghantarnya, anda hanya dapat mengeluarkannya dari peranti anda sendiri sahaja.


Itu sahaja, dan mesej tersebut akan dipadamkan.
Pada Android
Untuk memadam mesej WhatsApp pada Android, tekan lama pada mesej itu dan klik pada ikon padam (tong sampah).

Jika anda cuba memadamkan mesej dalam masa tujuh minit selepas menghantarnya, anda akan melihat pilihan untuk Padam Untuk Semua Orang (Delete For Everyone). Jika tidak, anda hanya akan dapat melihat Padam untuk Saya (Delete For Me). Pilih pilihan yang anda mahu.

Itu sahaja dan mesej tersebut kini dipadamkan.
Komen