10 Cara Terbaik Untuk Melindungi Telefon Android Anda!

2,636

Anda pengguna telefon Android? Berikut adalah 10 cara terbaik untuk memastikan anda dan peranti Android anda selamat daripada serangan malware, phishing dan sebagainya.

Mungkin kebanyakan daripada cara ini nampak seperti remeh dan tidak penting, tetapi keselamatan yang terbaik adalah dengan melakukan benda-benda kecil yang dapat menjamin keselamatan berbanding dengan melakukan benda-benda rumit tetapi tidak menjamin keselamatan anda.

kredit : Google

1) Beli Telefon Pintar dari Vendor Yang Mengeluarkan Patch Android Dengan Cepat.

Kami baru ini telah mendapatkan Google Pixel 2. Terdapat banyak sebab untuk ini, tetapi sebab nombor satu adalah Google memastikan telefon pintarnya, seperti Pixel, Pixel 2, Nexus 5X, dan 6P mendapatkan kemas kini yang paling baru. Ini bermakna mereka mendapat patch keselamatan terbaru apabila ia dikeluarkan.

Oleh itu, anda harus mendapatkan telefon yang mempunyai ciri keselamatan terbaru berbanding membeli telefon yang mahal tetapi tidak menjamin keselamatan anda.

2) Kunci Telefon Anda.

Kami tahu anda rasa benda ni macam kecil dan remeh kan? Tetapi masih ramai orang tidak melakukan ini! Anda harus mengunci telefon anda. Percayalah, anda lebih cenderung untuk mendapat masalah jika ada penyeluk saku yang liar memerhati telefon anda berbanding dengan isu malware.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengunci telefon anda? Cara terbaik ialah melalui PIN. Kenapa PIN adalah cara terbaik? Ini kerana cap jari, corak (patterns), pengiktirafan suara (voice-recognition), pengimbasan iris (iris scanning), dan sebagainya lebih mudah rosak. Dan yang paling penting jangan guna 1234 sebagai kata laluan anda. Jangan sesekali!

3) Gunakan Pengesahan Dua Faktor.

Semasa anda mengecas telefon anda, kuncilah sekali servis Google anda juga. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan pengesahan dua faktor Google.

Berikut ialah cara untuk melakukannya:

1.     Masuk ke akaun Google anda dan pergi ke halaman pengesahan dua faktor. 

Read More  Accounting Coach : Portal Pembelajaran Akaun Secara Online

2.     Setelah itu, pilih “Using 2-step verification” di menu.

3.     Ikuti arahan yang diberikan.

4.     Anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon anda. Anda boleh mendapatkan kod pengesahan melalui suara atau SMS pada telefon anda.

Dalam beberapa saat, anda akan mendapat panggilan dengan nombor pengesahan anda. Anda perlu memasukkan kod ini ke dalam data entry box di web browser anda.

Peranti anda juga akan bertanya kepada anda jika anda inginkan ia mengingati komputer yang anda guna. Sekiranya anda menjawab, “ya” program tersebut akan dibenarkan (authorized) untuk digunakan selama 30 hari. Akhir sekali, anda cuma perlu menghidupkan pengesahan 2 faktor anda dan anda sudah selesai.

Anda juga boleh membuat semua ini dengan lebih mudah menggunakan Google Prompt . Dengan ini, anda boleh mengesahkan aplikasi Google dengan hanya memasukkan “ya” apabila ia ditunjukkan pada pada telefon anda.

4) Gunakan Aplikasi Hanya Dari Google Play Store.

Majoriti malware di Android berasal dari sumber aplikasi pihak ketiga yang tidak boleh dipercayai. Pastinya, aplikasi palsu akan ‘memasukkan dirinya’ di dalam Google Play Store dari semasa ke semasa dan akan cuba mengelirukan anda.

Untuk itu, Google telah berusaha untuk menjadikan Google Play Store selamat berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, Google Play Protect  telah dicipta di mana ia boleh mengimbas peranti Android anda secara automatik untuk perisian berniat jahat apabila anda memasang (install) sesuatu program.

Pastikan ia dipasang (turn on) dengan pergi ke Settings> Security> Play Protect. Untuk keselamatan maksimum, klik Full Scanning dan hidupkan ciri ” Scan device for security threats” pada.

5) Gunakan Enkripsi Pada Peranti.

Orang yang akan mengintip aktiviti di telefon anda seterusnya selain malware ialah Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP). Jika anda rasa risau dengan aktiviti ini, anda boleh menyekat aktiviti mereka melalui enkripsi.  Untuk melakukan enkripsi pada peranti anda, pergi ke Settings> Security> Encrypt Device dan ikuti arahan selanjutnya.

Read More  5 Aplikasi Percuma Untuk Menjimatkan Wang Anda Untuk Ke Kelas Bahasa Inggeris!

6) Gunakan Virtual Private Network (VPN).

Kami pasti ramai yang melakukan ini. Apabila anda berada di kedai kopi atau lepak di mamak, pastinya kita mahu menggunakan Wi-Fi percuma yang diberikan. Betul tak? Anda mungkin rasa ianya selamat. Tetapi anda boleh meningkatkan lagi tahap keselamatan telefon Android anda dengan memasang Virtual Private Network (VPN) mudah alih.

Kami mengesyorkan F-Secure Freedome VPN, KeepSolid VPN Unlimited, NordVPN, Private Internet Access dan TorGuard . Ianya bagus untuk anda cuba dan pasang di telefon anda.

7) Pengurusan Kata Laluan (Password).

Apabila berbicara mengenai kata laluan, anda mempunyai pilihan samada:

  1. Menggunakan kata laluan yang sama untuk semuanya, (tindakan yang sangat berbahaya)
  2. Tulis kata laluan anda di atas kertas, (ianya bagus selagi anda tidak meletakkannya pada Sticky Note di PC anda)
  3. Menghafal semua kata laluan anda, atau
  4. Menggunakan program pengurusan kata laluan.

Sekarang Google sudah menyediakan semuanya untuk keselamatan kata laluan anda, jadi anda tidak perlu risau lagi. Jika anda tidak mahu menggunakan ciri yang disediakan oleh Google ini, anda boleh menggunakan program pengurusan kata laluan mudah alih yang lain. Program pengurusan kata laluan mudah alih yang terbaik adalah LastPass , 1Password , dan Dashlane.

8) Gunakan Perisian Anti-Virus.

Walaupun Google Play Protect melakukan tugas yang baik untuk melindungi telefon anda, apabila ia berkaitan dengan perlindungan untuk malware, cara terbaik adalah dengan memasang perisian anti-virus pada peranti anda.  Perisian percuma anti-virus terbaik adalah Avast Mobile Security & Antivirus.

Meskipun ciri-ciri keselamatan lain yang terdapat pada perisian tersebut seperti penjejakan telefon, tidak berfungsi dengan baik, tetapi ia berfungsi dengan baik untuk mencari dan memadam perisian berniat jahat.

Read More  3 Perkara Yang Perlu Anda Tukar di Setting Untuk Telefon Yang Baru Dibeli

Itu untuk perisian percuma. Untuk perisian terbaik berbayar, kami mengesyorkan Norton Mobile Security . Semua komponennya berfungsi dengan baik dan jika anda memilih untuk menggunakan pakej penuh, ia hanya $ 25 (RM 106) untuk 10 peranti.

 9) Matikan Sambungan Apabila Anda Tidak Memerlukannya.

Jika anda tidak menggunakan Wi-Fi atau Bluetooth, matikannya. Selain memakan bateri dengan cepat, sambungan rangkaian ini juga merupakan medium  terbaik untuk penjenayah menyerang anda. Anda perlu tahu serangan BlueBorne Bluetooth masih lagi wujud dan hidup, dan bersedia untuk menyerang anda bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jangan beri peluang kepadanya!

10) Jika Anda Tidak Menggunakan Sesuatu Aplikasi, Buang (Uninstall) Ia.

Setiap aplikasi mempunyai masalah keselamatan mereka sendiri. Kebanyakan pemaju dan pemilik aplikasi sentiasa mengemaskini aplikasi mereka. Tetapi ada yang tidak mengemaskini langsung. Cara terbaik yang anda boleh lakukan ialah dengan membuang segala aplikasi/perisian yang anda tidak guna/mahu lagi.

Berkurangnya jumlah aplikasi di telefon anda, berkuranglah peluang untuk penjenayah cuba menceroboh ke telefon anda. Selain itu, anda juga dapat mengurangkan penggunaan ruang di telefon anda dengan membuang aplikasi yang anda tidak mahu guna.

Jika anda mengikuti kesemua cara di atas, telefon anda dijamin akan selamat. Ia tidak bermaksud ia 100% selamat, tetapi ia akan menghalang perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Lakukan semua perkara kecil ini dan anda akan berterima kasih di atas semua perkara kecil ini jika sesuatu berlaku pada anda di kemudian hari.

Sumber : ZDnet

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...