Apa Itu ‘Low Power Mode’ Pada iPhone Dan Macam Mana Mahu Menggunakan?

3,433

Tahukah anda, iPhone anda mempunyai ‘Low Power Mode’ iaitu Mod Kuasa Rendah, yang mana akan menggesa anda untuk mengaktifkannya apabila bateri telefon anda tinggal 20%.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengaktifkannya sebelum bateri anda mencecah 20%. Kini dengan iOS 11, anda juga boleh mengaktifkannya terus melalui Control Center.

kredit : How To Geek

Mod Kuasa Rendah akan melumpuhkan beberapa ciri seperti email, Hey Siri dan lain-lain lagi yang biasanya orang ubah apabila mereka mahu menjimatkan bateri telefon mereka. Tetapi ini hanya berfungsi untuk iPhones sahaja bukan iPad.

Bagaimana Mahu Mengaktifkan (dan Menyahaktifkan) Mod Kuasa Rendah?

Apabila bateri iPhone anda sudah tinggal sebanyak 20% sahaja, anda akan dapat melihat munculnya mesej ‘Low Power Mode’. Telefon anda akan memaklumkan kepada anda perkara dan aplikasi yang akan dilumpuhkan buat sementara waktu, dan anda boleh memilih ‘Continue’ untuk teruskan dan membenarkan Mod Kuasa Rendah ini berfungsi atau ‘Cancel’ untuk tidak membenarkan Mod Kuasa Rendah ini berfungsi.

Mod Kuasa Rendah akan melaporkan kepada anda berapa lama bateri anda boleh bertahan lagi berdasarkan apa yang anda lakukan menggunakan telefon anda. Anda juga boleh mengaktifkan Mod Kuasa Rendah pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu. Sebagai contoh mungkin anda tahu anda akan menghadapi hari yang panjang dan sibuk, jadi anda mahu menjimatkan bateri anda. Oleh itu anda boleh mengaktifkan Mod Kuasa Rendah ini.

Untuk mengaktifkan Mod Kuasa Rendah dari aplikasi Settings, pergi ke Settings> Battery dan aktifkan slider ‘Low Power Mode’. Penunjuk bateri di status bar akan bertukar menjadi kuning apabila Mod Kuasa Rendah diaktifkan.

iPhone anda akan menghentikan Mod Kuasa Rendah ini secara automatik apabila anda mengecas semula telefon anda. Mod Kuasa Rendah ini hanya berfungsi untuk sementara waktu dan tidak akan kekal. Ianya akan hilang setelah anda mengecas telefon anda.

Read More  Facebook Messenger Lite Adalah Alternatif Terbaik Untuk Facebook Messenger
kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Kini dengan iOS 11, anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan Mod Kuasa Rendah terus dari Control Center dan bukannya melalui aplikasi Settings lagi seperti sebelum ini. Tetapi, anda perlu menambah ciri ini sendiri untuk menggunakannya.

Untuk melakukannya, pergi ke Settings> Control Center> Customize Controls. Klik pada tanda (+) di sebelah kiri ‘Low Power Mode’ untuk menambahnya ke Control Center dan kemudian klik dan seretnya ke tempat yang anda suka.

Anda kini boleh swipe ke atas dari bahagian bawah skrin dan klik pada butang yang mempunyai bentuk bateri untuk mendayakan atau melumpuhkan Mod Kuasa Rendah.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Apakah Yang Mod Kuasa Rendah Lakukan?

Mod Kuasa Rendah melakukan beberapa perkara untuk menjimatkan kuasa bateri anda. Ia secara automatik akan mengubah beberapa tetapan untuk menjimatkan kuasa bateri seperti menghentikan penerimaan email baru, megurangkan kecerahan skrin anda, dan mengunci telefon serta memadamkan skrin dengan lebih cepat.

Aplikasi di telefon juga boleh mengesan jika mod kuasa rendah diaktifkan dan ia akan menghentikan animasi dan perkara-perkara yang akan memakan bateri dengan banyak.

‘Motion effects’ dan wallpaper animasi juga akan dilumpuhkan. Selain itu, aktiviti yang berjalan di belakang (background activities) dan juga networking turut akan dihentikan untuk mengelakkan kuasa bateri digunakan ketika Mod Kuasa Rendah diaktifkan. Bahkan iPhone anda sendiri secara automatik akan mengurangkan prestasi CPU dan GPU, yang mana ia akan membuatkan ia sedikit perlahan tetapi sangat menjimatkan bateri.

Mod Kuasa Rendah agak ‘agresif’, dan itulah sebabnya ia tidak boleh diaktifkan sepanjang masa. Ia akan membantu anda mejimatkan bateri anda apabila telefon anda memerlukannya tetapi anda mungkin tidak mahu menggunakannya sepanjang masa.

Read More  Google Assistant Kini Boleh Melakukan Tugasan Yang Dijadualkan Secara Automatik
kredit : How To Geek

Bagaimana Hendak Mengubah Sesetengah Tetapan Ini Secara Kekal?

Walaupun anda tidak boleh mengaktifkan Mod Kuasa Rendah untuk selamanya, anda boleh mengubah beberapa tetapan untuk Mod Kuasa Rendah ini.

Anda juga boleh menggunakan pilihan yang diberikan pada skrin tetapan bateri untuk melihat aplikasi mana yang menggunakan kuasa bateri dengan banyak dan anda boleh memilih untuk membuangnya atau mengubahnya.

A) Lumpuhkan penerimaan email baru:

Jika anda mempunyai sebarang akaun email yang telah dikonfigurasikan untuk menerima email baru, iPhone anda akan secara automatik menyemaknya selalu dan memuat turun email baru. Ini akan memaksa iPhone anda sentiasa ‘disedarkan’ untuk meyemak email baru dan pastinya akan memakan bateri telefon anda.

Tetapkan email anda untuk ‘push’ email baru kepada anda atau lakukan ini secara manual untuk menjimatkan bateri. Namun harus diingatkan, jika anda menggunakan cara manual ini, anda tidak akan mendapat notifikasi email baru.

B) Kecerahan skrin:

Jika anda menetapkan telefon anda kepada auto-brightness, ianya akan menjimatkan bateri anda. Ini kerana ia akan menggelapkan skrin anda apabila anda berada di tempat yang gelap dan mencerahkan bila ia rasa perlu sahaja.

Ianya dilakukan secara default dan anda tidak perlu mematikannya. Anda juga boleh swipe dari bahagian bawah skrin anda pada bila-bila masa untuk menyesuaikan tahap kecerahan telefon anda secara manual.

Anda harus ingat, semakin terang skrin anda, semakin cepat bateri anda habis. Tetapan ini boleh didapati di bawah ‘Display & Brightness’ di dalam aplikasi Settings.

C) Auto-lock Timeout:

Untuk menjimatkan kuasa bateri, anda boleh mengunci iPhone anda secara automatik dan mematikan paparannya dengan lebih cepat apabila anda tidak menggunakannya.

Read More  12 Laman Yang WAJIB Anda Lawati untuk Memuat turun Anime secara Percuma

Buka aplikasi Settings dan pergi ke General> Auto-Lock untuk mencari tetapan ini. Sebagai contoh, anda boleh mematikan paparan anda jika anda tidak menggunakannya lepas 30 saat.

D) Lumpuhkan Background Refresh:

Anda boleh menghalang aplikasi pada iPhone anda dari ‘refresh’ secara automatik di belakang semasa anda tidak menggunakannya juga.

Untuk melakukan ini, buka aplikasi Setting dan pergi ke General> Background App Refresh.

Anda boleh melumpuhkan ‘Background App Refresh’ untuk setiap aplikasi di sini atau cuma menghalang sesetengah aplikasi daripada terus ‘refreshing’.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Walau bagaimanapun, tidak ada cara untuk throttle down CPU atau GPU telefon anda secara kekal. Anda perlu mengaktifkan Mod Kuasa Rendah setiap kali anda mahu menjimatkan kuasa bateri.

P/S : Berikut adalah tip bonus:

Paparan iPhone anda tidak akan menyala apabila ia menerima notifikasi jika skrin telefon dihalakan ke bawah (face-down) di atas meja atau permukaan rata. Letakkan skrin iPhone anda ke bawah dan ianya akan menjimatkan bateri anda. Ini sesuai jika anda tidak mahu atau peduli untuk melihat notifikasi anda.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...