3 Cara Mudah Untuk Melindungi Data Anda!

856

Kini kata laluan/password menjadi semakin mudah untuk digodam, dan ini bermakna setiap pengguna dan syarikat mesti mengambil tindakan baru untuk melindungi mereka dan juga syarikat daripada penjenayah siber.

kredit : Google

“Banyak data peribadi tidak lagi sulit dan pengguna mendapati ianya sukar untuk melindungi diri mereka apabila data mereka mudah ‘terdedah’,” kata Limor Kessem, penasihat keselamatan eksekutif di IBM Security.

Untuk mengurangkan masalah keselamatan data ini, kami ingin berkongsi 3 cara untuk anda melindungi diri dan juga data anda.   

#1. Fikir semula kata laluan anda

kredit : Google

Kata laluan masih digunakan sebagai pengesahan utama bagi kebanyakan orang dan tahukah anda ianya sangat mudah untuk digodam? Untuk itu, pengguna perlu mencipta kata laluan yang lebih panjang dan menggunakan ‘frasa yang tidak masuk akal’ serta menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh penggodam.

Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang berbeza seperti menggunakan kata singkatan (abbreviations) dan sebagainya.  Kessem juga menyarankan pengguna menggunakan password managers untuk mengelakkan duplikasi kata laluan.

Meskipun cara ini tidak menjamin keselamatan kata laluan anda, ianya dapat mengurangkan risiko untuk penggodam menggodam kata laluan anda.

#2. Fikirkan semula soalan keselamatan anda

kredit : Google

Selain kata laluan, penjenayah juga tahu bahawa anda akan ditanya mengenai soalan keselamatan untuk mengesahkan akaun anda, dan mereka akan cuba mengetahui maklumat tersebut menggunakan media sosial anda atau maklumat lain mengenai anda yang tersedia secara terbuka.

Oleh itu, apabila anda mahu membuka/menyediakan akaun, pilih soalan yang lebih peribadi untuk anda seperti “Apakah warna kegemaran anda?” dan anda boleh ‘berbohong’ dalam memberikan jawapan anda kepada soalan itu berbanding memberikan jawapan sebenar.

Read More  Bagaimana Hendak Menetapkan Nada Dering Yang Berbeza Untuk Setiap Kad Sim Anda Di Peranti Android Anda?

Sebagai contoh, untuk menjawab soalan seperti “Siapakah nama ibu anda?” anda boleh memberikan nama yang unik yang cuma anda tahu mengenainya berbanding memberikan nama ibu anda yang sebenar.   

#3. Fikirkan semula pengesahan multi-faktor anda

kredit : Google

Pengguna dan ahli pernigaan juga harus menggunakan lebih daripada satu kaedah pengesahan. Gunakan teks SMS tambahan, e-mel, atau panggilan telefon automatik untuk mengesahkan akaun anda.

“Ianya cara terbaik untuk mempunyai lebih daripada satu faktor pengesahan untuk mengesahkan akaun anda untuk memastikan tiada orang lain boleh mengakses akaun anda kerana mereka tidak mempunyai faktor pengesahan lain untuk akaun anda”, kata Kassem.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...