Skype Mempunyai Reka Bentuk Baru Untuk Pengguna Desktop!

835

Pada awal tahun ini, Skype memperkenalkan versi aplikasi yang telah diubahsuai yang memfokuskan kepada perkongsian media dan alat ekspresi sosial dalam usaha untuk bersaing dengan perkhidmatan komunikasi sosial yang lebih moden, seperti Slack dan juga Snapchat.

Hari ini, syarikat itu telah melancarkan versi baru Skype ke desktop, termasuklah untuk Mac, Windows 10 (November 2016 update dan ke bawah), Windows 8, Windows 7, dan Linux.

kredit : Tech Crunch

Microsoft mengatakan ia memberi tindak balas terhadap maklum balas dari pengguna dalam menentukan ciri-ciri mana perlu diutamakan apabila mereka mahu memberikan new look untuk Skype di platform desktop.

Contohnya, salah satu ciri Skype yang mendatangkan kontroversial iaitu mod ‘Stories’ daripada Snapchat yang dipanggil ‘Highlights’ tidak tersedia untuk aplikasi desktop buat masa ini.

Keputusan dibuat berdasarkan respons daripada penguji Skype. Walaupun syarikat masih ingin menambah ‘Highlights’ untuk masa hadapan, buat masa ini ia hanya tersedia untuk versi mudah alih sahaja.

Sebaliknya, jika anda mahu berkongsi apa-apa dengan kenalan Skype anda di desktop, anda boleh menukar presence anda atau menetapkankannya dalam mood mesej.

kredit : Tech Crunch

Apa yang menariknya, Skype versi desktop yang baru ini memasukkan banyak perubahan lain termasuklah redesign semula Skype dengan memasukkan banyak elemen bewarna dan lebih ceria.

Untuk perbualan di dalam kumpulan, setiap mesej daripada kenalan boleh diwarnakan seperti warna oren, biru, merah jambu dan anda boleh memberi respons kepada mesej tersebut dengan emoji sama seperti anda memberi emoji di Facebook Messenger.

‘Reaction Emoji’ ini juga tersedia semasa panggilan video, dan ianya juga membolehkan anda menghantar emoji besar yang diletakkan sementara di atas tetingkap pemanggil video. Ciri ini menunjukkan seperti Skype mensasarkan ciri barunya ini untuk golongan muda berbanding untuk memberikan perkhidmatan profesionalnya seperti sebelum ini.

Read More  10 Aplikasi Terbaik Untuk Bersantai, Menenangkan, Dan Menghilangkan Tekanan Anda
kredit : Tech Crunch

Skype yang telah dikemas kini ini juga memberikan pilihan peribadi untuk penggunanya, seperti keupayaan untuk memilih tema aplikasinya (contohnya seperti tema baru yang lebih gelap seperti di Twitter dan YouTube), dan keupayaan untuk menyusun senarai kenalan anda mengikut keinginan anda. Anda boleh menyusun kenalan mengikut masa, belum dibaca atau status, serta pin people dan kumpulan agar dapat diakses dengan lebih mudah.

Salah satu ciri yang sangat berguna dalam Skype baru ini adalah galeri media yang diselaraskan dengan setiap perbualan yang mana akan membantu anda dengan cepat untuk mencari kandungan yang dikongsi dari perbualan, seperti media, pautan dan fail. Ini boleh disusun mengikut jenis juga, untuk carian lebih mudah. Dan disebabkan perkongsian fail adalah berasaskan cloud, anda boleh menghantar fail sehingga 300 MB.

Seperti kebanyakan aplikasi sosial hari ini, anda kini boleh menggunakan @mentions untuk mengambil perhatian seseorang dalam chat, sama seperti pesaing utama iaitu Slack, Messenger, dan lain-lain. Selain itu, Skype juga membolehkan anda menggunakan bot dan add-ins untuk menyelesaikan sesuatu.

Contohnya, bot Hipmunk, Expedia, dan StubHub membantu anda untuk menempah tiket, Bot Scoop Microsoft membantu anda mengetahui berita terkini, Giphy membolehkan anda berkongsi GIF di dalam perbualan, sementara add-ins yang lain membolehkan anda menjadualkan acara, menghantar wang, dan melaksanakan tugas lain. (Bots tersedia secara meluas tetapi add-ins tersedia untuk Skype Insiders sahaja untuk sekarang).

kredit : Tech Crunch

Microsoft tidak mahu berkongsi jumlah pengguna Skype yang aktif hari ini. Ini memberi gambaran bahawa ia tidak berkembang dengan ketara sejak 300 juta pengguna bulanan syarikat itu diumumkan pada persidangan Build tahun lepas. (Sebagai perbandingan, pencabar terbaru Skype di tempat kerja, Slack, mengumumkan 6 juta pengguna setiap hari pada bulan September).

Read More  SCOM Mengelakkan Anda Ditipu Oleh Peniaga Online

Bagaimanapun, Microsoft memberitahu bahawa Skype kini telah melepasi satu bilion muat turun pada Android, dan telah menghasilkan panggilan video sebanyak 2 trilion minit sejak 2006, dan pengguna hari ini membuat panggilan hingga 3 bilion minit sehari.

Versi baru Skype untuk desktop ini boleh dimuat turun secara manual, atau mungkin dilancarkan melalui kemas kini automatik jika diaktifkan. Pengguna Windows 10 yang lebih tinggi daripada kemas kini November 2016 akan menerima kemas kini dengan ciri-ciri baru.

Sumber : Tech Crunch

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...