Bagaimana Mahu Membuatkan Panggilan Video Kelihatan Lebih Baik Pada Komputer Anda?

838

Sesetengah orang mungkin akan membenci panggilan video. Kenapa? Ia akan menyebabkan wajah kita kelihatan kurang menarik, tidak ‘real’ dan ‘pelik’.

Kami percaya ianya terjadi disebabkan oleh monitor dan skrin komputer riba yang dioptimumkan untuk menunjukkan teks hitam pada latar belakang putih, jadi ia akan menyebabkan muka kita kelihatan seperti pucat, kebiruan, tidak natural sewaktu kita melakukan panggilan video.

kredit : How To Geek

Tetapi anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat ciri baru pada kedua-dua Windows dan MacOS yang boleh menangani masalah ini. Anda tidak akan kelihatan pucat, tidak natural, atau ‘kebiruan’ lagi!

Untuk melakukannya, cuba lihat contoh di bawah. Pertama sekali, cuba lihat kawasan kerja ini. Contoh ini mungkin kelihatan ‘melampau’ bagi anda, dengan tiga monitor berfungsi dan berada di sudut bilik yang jauh daripada tingkap dan pintu (pencahayaan).

kredit : How To Geek

Dengan tiga monitor yang berhadapan dengan anda, anda mungkin akan kelihatan ‘kebiruan’ apabila anda melakukan panggilan video. Jika anda seorang yang berkulit cerah, pastinya ianya akan kelihatan tidak ‘natural’ dan ‘kebiruan’ seperti ini.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Ianya mungkin akan kelihatan lebih baik jika anda menggunakan latar belakang yang lebih cerah dan tanpa dua monitor lagi tetapi anda mungkin akan terlepas atau tidak dapat melihat maklumat lain semasa mesyuarat, atau menulis nota semasa sedang melakukan panggilan video.

kredit : How To Geek

Jika anda tertanya-tanya bagaimana hendak menjadikan panggilan video lebih baik dan bagus, pertama sekali buka tetingkap yang sama putih seperti sebelum ini, tetapi gunakan ciri Night Light pada Windows 10 untuk menjadikan warna skrin anda lebih natural pada kesemua monitor itu.

Night Light berfungsi untuk mengurangkan penggunaan lampu LED biru dari monitor komputer dan skrin komputer riba. Para penyelidik berpendapat bahawa mengurangkan cahaya biru dan putih apabila anda hampir tidur (atau sudah sampai waktu anda tidur) mungkin membantu anda untuk tidur lebih cepat dan nyenyak.

Read More  Ini Adalah 5 Malware Teratas Yang Mensasarkan Pengguna Mac!
kredit : How To Geek

Ia telah direka untuk berfungsi secara automatik, tetapi untuk contoh ini, kita akan mengambil kawalan penuh ke atasnya dan menggunakan peralihan dramatik red-orange pada monitor untuk menerangkan cahaya yang akan membuatkan anda kelihatan lebih natural.

Untuk mengakses Night Light, anda hanya perlu klik butang Windows dan mula menaip ‘Night Light’, dan kemudian klik pada hasil pertama cariannya. Dari tetingkap ‘Display’, klik ‘Night Light Settings’ di bawah pilihan ‘Color’.

kredit : How To Geek

Untuk contoh ini, kami telah mengubah warna lebih daripada separuh ke dalam spektrum merah/oren dan menjadikan monitor kami kelihatan lebih oren. Meskipun ianya kelihatan ‘terlampau’, kami masih mampu membaca dan menulis nota pada monitor. Itu sahaja dan panggilan video anda akan kelihatan lebih natural dan ‘real’.

Itu untuk pengguna Windows. Jika anda menggunakan MacOS, ciri ‘Night Light’ ini dipanggil ‘Night Shift’. Anda boleh mengaksesnya dengan membuka ‘Sytem Preferences’ dalam dok anda, dan kemudian pergi ke ‘Display’ dan tekan pilihan ‘Night Shift’.

Meter filter oren itu berfungsi dari arah bertentangan, tetapi ianya lebih kurang sahaja. Anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian anda.

kredit : How To Geek

Nah, sekarang dengan ketiga-tiga monitor menggunakan tetingkap yang sama, anda dapat melihat tona kulit subjek kami kelihatan lebih natural dan tidak kebiruan lagi.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Ambil perhatian bahawa cahaya oren akan menjejaskan wajah anda disebabkan oleh cahaya yang datang daripada monitor, tetapi ia tidak akan memberi kesan oren yang lebih pada kamera dan panggilan video anda kerana cuma anda dapat melihat kesan oren ini.

Setelah anda sudah selesai membuat panggilan video/ web conference itu, ubah filter ‘Night Light’ kepada normal atau matikan sepenuhnya jika anda tidak mahu menggunakannya lagi.

Read More  Bagaimana Hendak Mencari Mesej Perbualan WhatsApp Yang Terdahulu?

Jika anda tidak mempunyai versi Windows 10 atau MacOS yang terkini, anda boleh menggunakan kawalan warna manual pada monitor anda untuk mendapatkan kesan yang sama, tetapi ianya lebih sukar untuk di adjust dan menghidupkannya atau mematikannya.

Alternatif yang lebih baik ialah F.lux, aplikasi pihak ketiga yang melakukan perkara yang sama dengan filter berwarna biru / oren penuh. Ia tersedia untuk Windows, MacOS, dan Linux secara percuma. 

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...