Cara Mengaktifkan Ciri ‘Jangan Ganggu Semasa Memandu’ Pada iPhone Anda!

395

Anda mungkin telah tetapkan dalam minda anda untuk tidak memegang telefon semasa memandu, tetapi bunyi notifikasi yang masuk mungkin akan ‘menggoda’ anda untuk melihat telefon anda. Ianya sangat berbahaya terutamanya ketika anda sedang memandu.

kredit : How To Geek

Untuk kekal fokus, anda mungkin mahu membuang semua gangguan itu semasa memandu betul tak? Tahukah anda, ciri terbaru yang ada pada iOS 11 membolehkan anda menetapkan telefon anda pada mod ‘jangan ganggu semasa memandu’?

Untuk melakukannya, pertama sekali anda buka aplikasi ‘Settings’ dan klik ‘Do Not Disturb’.

kredit : How To Geek

Scroll down dan klik pada ‘Activate’ di bawah ‘Do Not Disturb While Driving’.

kredit : How To Geek

Secara default ia ditetapkan kepada ‘Manually’, tetapi anda boleh mengubahnya sama ada ‘Automatically’ atau ‘When Connected to Car Bluetooth’. ‘When Connected to Car Bluetooth’ mungkin sesuai untuk anda jika kereta anda mempunyai Bluetooth, kerana ia tidak perlu meneka kelajuan anda berdasarkan GPS. Jika tidak, pilih ‘Automatically’.

kredit : How To Geek

Apabila diaktifkan, iPhone anda akan memaparkan amaran yang berterusan mengatakan bahawa anda tidak akan menerima sebarang notifikasi semasa anda memandu.

kredit : How To Geek

Jika anda cuba unlock iPhone semasa memandu, ia tidak akan dibuka. Sebaliknya, anda akan mendapat pop-up yang akan membolehkan anda memilih ‘I’m Not Driving’ untuk unlock iPhone anda. Anda boleh mengklik butang tersebut jika anda merupakan penumpang dalam kenderaan yang bergerak.

kredit : How To Geek

Sebaik sahaja anda mengklik ‘I’m Not Driving’, ia akan secara automatik melumpuhkan ciri Jangan Ganggu Semasa Memandu sehingga ia diaktifkan semula (sama ada secara automatik atau manual).

Sumber : How To Geek
Read More  ‘Snooze’ Seseorang Di Facebook Untuk 30 Hari!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...