Bagaimana Hendak ‘Scan’ Dokumen Menggunakan Aplikasi Notes di iPhone?

906

Sebelum ini, pengguna iPhone terpaksa memuat turun aplikasi pihak ketiga untuk scan dokumen dan menyimpannya dalam format digital pada telefon. Kini, pengguna iPhone tidak perlu lagi risau kerana dengan ciri iOS 11 yang baru, anda kini dapat mengimbas dokumen anda menggunakan aplikasi Notes sahaja pada iPhone anda.

kredit : How To Geek

Sudah pastinya, kebanyakan aplikasi pihak ketiga mempunyai banyak ciri yang lebih bagus dan berguna berbanding aplikasi Notes di iOS11, tetapi jika anda cuma mahu menyimpan dokumen tersebut dalam format digital dan tidak mahu melakukan benda lain, aplikasi Notes ini sangat berguna untuk anda.

Untuk memulakannya, buka aplikasi Notes pada iPhone anda dan klik butang ‘New Note’ di bahagian bawah skrin di belah kanan. Anda juga boleh memilih nota yang sedia ada jika anda mahu memasukkan dokumen ke dalam nota tersebut jika anda tidak mahu menggunakan nota yang baru.

kredit : How To Geek

Seterusnya, klik pada ikon tambah.

kredit : How To Geek

Pilih ‘Scan Documents’ apabila mesej pop-up keluar.

kredit : How To Geek

Skrin kamera akan muncul di mana anda perlu muatkan dokumen yang anda mahu scan ke dalam bingkai yang diberikan. Anda akan melihat kotak kuning akan muncul untuk anda muatkan dokumen anda ke dalamnya dan kemudian ia akan mengimbas dokumen anda secara automatik (anda tidak perlu klik butang shutter).

kredit : How To Geek

Sekiranya anda ingin mematikan fungsi shutter secara automatik, klik pada butang ‘Auto’ di penjuru kanan sebelah atas untuk mengubahnya menjadi manual.

kredit : How To Geek

Anda juga boleh menukar beberapa tetapan lain, seperti warna dokumen (bewarna, grayscale, atau hitam dan putih), serta menggunakan flash ataupun tidak.

kredit : How To Geek

Selepas anda mengimbas dokumen pertama anda, anda boleh terus mengimbas dokumen lain sebanyak mana yang anda mahu. Jika tidak, cuma klik butang ‘Save’ apabila anda sudah selesai.

Read More  Tiada Lagi Pengikut Palsu Di Instagram!
kredit : How To Geek

Anda akan dibawa kembali kepada nota di mana dokumen yang diimbas oleh anda sebentar tadi akan dimasukkan. Di sana, anda boleh menulis beberapa nota mengenai dokumen itu jika anda mahu. Jika tidak, klik ‘Done’ di penjuru kanan sebelah atas untuk menyimpan nota tersebut.

kredit : How To Geek

Apabila anda kembali ke skrin utama, anda akan melihat nota baru di dalam senarai nota anda, bersama dengan thumbnail dokumen yang telah diimbas.

kredit : How To Geek

Ambil perhatian bahawa aplikasi Notes tidak dapat membaca teks dokumen yang diimbas dengan optical character recognition (OCR). Untuk itu, anda memerlukan aplikasi yang lebih hebat untuknya. Namun begitu, jika anda hanya mahu menyimpan beberapa dokumen fizikal ke dalam nota anda, ini adalah cara terbaik untuk menyimpannya.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...