Bagaimana Hendak Mengunci Nota Pada iPhone?

411

Jika anda jenis yang suka menulis maklumat sulit/sensitif di dalam aplikasi Nota pada iPhone atau iPad, anda mungkin mahu menguncinya dengan meletakkan kata laluan (password), betul tak?

kredit : How To Geek

Meskipun peranti anda sudah dikunci dengan kata laluan utama semasa anda mahu membuka peranti anda, ianya tidak menjamin bahawa ianya sudah selamat. Sesiapa sahaja boleh membukanya. Untuk itu, anda mungkin perlu mengunci aplikasi di dalam peranti anda demi keselamatan maklumat anda.

Tahukah anda, anda boleh mengunci nota di dalam aplikasi Nota pada iPhone atau iPad anda? Anda boleh melakukannya dengan ciri terbaru dari iOS 11 ini.

Ini adalah cara bagaimana untuk melakukannya. Pertama sekali, buka aplikasi Nota pada iPhone anda dan leret ke kiri pada nota yang anda mahu kunci. Untuk contoh, kami akan memasukkan kata laluan pada nota kami (Serial Numbers).

kredit : How To Geek

Anda akan diberikan beberapa pilihan. Anda cuma perlu klik pada ikon kunci yang bewarna kelabu seperti di bawah.

kredit : How To Geek

Anda akan dibawa ke skrin lain, di mana anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan yang akan digunakan untuk membuka semua atau mana-mana nota yang anda inginkan. Masukkan kata laluan (sahkan dengan memasukkannya semula) dan kemudian tekan ‘Done’ di sudut atas kanan.

kredit : How To Geek

Anda akan dibawa semula ke aplikasi Nota, di mana anda akan melihat simbol padlock muncul di sebelah nota. Anda akan memulakan langkah ini dengan nota itu belum dikunci lagi (simbol padlock terbuka).

kredit : How To Geek

Untuk mengunci nota tersebut, klik pada ‘Lock Now’ di bahagian bawah skrin.

kredit : How To Geek

Nota tersebut kini akan dikunci dan semua teks pratonton yang anda dapat lihat lebih awal akan hilang dan digantikan dengan sama ada ‘Locked’ atau ‘Unlocked’.

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan Apple Watch Anda Sebagai Lampu Suluh?
kredit : How To Geek

Apabila anda mahu membuka nota yang dikunci, klik ‘View Note’.

kredit : How To Geek

Jika anda mempunyai Touch ID, anda boleh menggunakannya untuk membuka nota yang dikunci itu, tetapi jika tidak, anda boleh memasukkan kata laluan untuk membukanya.

kredit : How To Geek

Setelah itu, anda akan dapat mengakses nota anda. Sebaik sahaja anda selesai mengakses nota tersebut, anda boleh klik ikon ‘Unlocked Padlock’ di penjuru atas kanan untuk kembali menguncinya.

kredit : How To Geek

Anda juga boleh kembali ke skrin utama aplikasi Nota dan klik pada ‘Lock Now’ di bahagian bawah (seperti yang anda lakukan sebelum ini) untuk mengunci semua nota yang dikunci sekaligus.

Untuk membuang kata laluan sepenuhnya untuk sesuatu nota itu, leret padanya seperti sebelum ini dan klik ikon kunci bewarna kelabu itu sekali lagi.

kredit : How To Geek

Anda akan diminta untuk menggunakan Touch ID atau memasukkan kata laluan untuk mengesahkan (sama seperti jika anda membuka nota untuk melihatnya) dan selepas itu, nota tersebut tidak akan berkunci lagi.

Perlu diingat bahawa jika anda menyelaraskan nota di seluruh peranti Apple anda menggunakan iCloud, mengunci nota juga akan menguncinya pada peranti lain anda, dan sebaliknya.

Sumber : How To Geek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...