Facebook Telah Membawa ‘Workplace Chat’ Kepada Desktop!

800

‘Facebook Workplace’ telah melancarkan ‘Workplace Chat’ versi desktop untuk membantu lebih daripada 30,000 organisasi di luar sana menggunakan servis ini untuk berkomunikasi dengan lebih cepat.

Ciri permesejan ini kelihatan seperti ‘Facebook Messenger’ biasa, dan pekerja dapat berkomunikasi dengan mudah melalui ‘Workplace’ ini. Aplikasi permesejan ini juga mempunyai voice chat, perkongsian skrin, polls, dan perkongsian fail tanpa had.

kredit : Tech Republic

Selain itu, video chat secara berkumpulan juga akan dilancarkan dalam beberapa minggu. Untuk tambahan kepada versi desktop ini, ‘Workplace’ telah mengembalikan ‘wajahnya’ dengan menggunakan warna yang lebih cerah dan symbol yang lebih jelas.

Rekaan semula ini dilakukan berdasarkan maklum balas daripada pengguna dan lebih fokus pada sambungan dan navigasi yang lebih mudah.

Aplikasi ‘Workplace Chat’ ini adalah aplikasi desktop pertama yang mana ianya sudah tersedia untuk telefon bimbit dan browser. Aplikasi desktop ini kini sudah tersedia untuk PC dan Mac dan juga boleh didapati di Android dan iOS.

kredit : Google

Untuk pengguna ‘Workplace’ yang sedia ada, aplikasi ini akan membolehkan komunikasi anda diselaraskan dan berada dalam satu tempat yang sama dengan grup syarikat anda dalam aplikasi itu.

Meskipun begitu, ‘Workplace’ mempunyai saingan daripada aplikasi permesejan yang lain seperti Slack untuk kegunaan di tempat kerja. Oleh kerana ia begitu serupa dengan ‘Facebook Messenger’ yang sedia ada, aplikasi baru ini mungkin tidak cukup untuk meyakinkan pengguna untuk menukar platform.

‘Workplace’ telah menambah banyak ciri sejak ia dicipta setahun yang lalu, termasuklah live video dan membuat kumpulan dengan orang dari organisasi yang berbeza.  Perkhidmatan ini menawarkan beberapa pengintegrasian, termasuk Office 365 dan G Suite di samping membolehkan pengguna untuk membuat integrasi custom mereka sendiri.

Read More  Macam Mana Nak Muat Turun Video Dari Facebook?
Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...