Bagaimana Mahu Mengubah Bunyi Notifikasi Pada iPhone Anda?

1,583

Salah satu perkara yang teruk mengenai telefon pintar yang moden terutamanya Apple dan Samsung ialah semuanya mempunyai bunyi notifikasi yang sama!

Sebagai contoh, apabila anda berada di tempat awam, anda terdengar bunyi notifikasi default untuk Apple dan anda terus mencari telefon anda tetapi malangnya bunyi tersebut bukan milik anda. Pasti rasa geram kan?

Jika anda selalu berada di situasi seperti atas, ini adalah cara untuk anda mengubah bunyi notifikasi supaya anda tidak keliru di masa hadapan.

kredit : How To Geek

Meskipun anda tidak boleh mengubah bunyi notifikasi untuk kebanyakan aplikasi pihak ketiga di iOS, anda boleh mengubah kebanyakan bunyi default untuk sistem anda seperti bunyi untuk mesej teks baru, voicemail, email, acara pada calendar, amaran peringatan, atau anda menghantar email atau fail melalui AirDrop.

Untuk mengubahnya, pergi ke Settings> Sounds & Haptics pada iPhone 7 atau lebih baru. Untuk telefon 6s dan ke bawah, pergi ke Settings> Sounds.

kredit : How To Geek

Pilih bunyi yang anda hendak ubah. Sebagai contoh kami akan mengubah bunyi untuk ‘Text Tone’.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

iOS didatangkan dengan banyak alert tones dan anda boleh memilih bunyi yang anda mahu daripada pilihan itu. Selain itu, anda juga boleh menambah bunyi anda sendiri juga. Untuk contoh tadi, kami akan menggunakan bunyi Synth untuk bunyi ‘Text Tone’ ini.

kredit : How To Geek

Ulangi proses yang sama untuk mengubah bunyi default untuk sistem anda yang anda ingin ubah. Selepas ini, bila anda mendengar bunyi notifikasi ‘default’ untuk iPhone di tempat awam, anda tahu ia bukan milik anda. Tidak perlu risau lagi!

Sumber : How To Geek
Read More  Cari Telefon Anda Menggunakan "Find My Device"

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...