Bagaimana Hendak Menghentikan Spotify Dari Memainkan Muzik Secara Automatik Selepas Album Atau Senarai Lagu Sudah Tamat?

391

Secara default, apabila Spotify sudah sampai ke lagu/album/artis/senarai yang terakhir, ia akan memainkan lagu yang serupa menggunakan ciri Radionya.

kredit : How To Geek

Anda boleh lihatnya seperti di bawah. Kami memainkan lagu Bad Day dari REM dan apabila lagu tersebut sudah habis, lagu seterusnya yang akan dimainkan ialah lagu Bad Day juga versi Radio.

kredit : How To Geek

Spotify selalunya cukup baik dengan memilih lagu yang anda sukai, tetapi anda pastinya tidak mahu ia memainkan lagu sepanjang masa betul tak?

Sebagai contoh, anda telah meletakkan album kegemaran anda untuk anda dengar pada waktu tidur, dan anda pastinya tidak mahu apabila anda terjaga pada pukul tiga pagi, Spotify masih memainkan lagu kan?

Anda juga pastinya tidak mahu menghabiskan data Internet anda semata-mata untuk Spotify kan?

Walau apa saja alasan anda, ini adalah cara untuk menghentikan Spotify dari memainkan muzik secara automatik apabila anda sudah selesai mendengar lagu.

Pada Aplikasi Desktop

Buka Spotify, klik pada butang dropdown di sebelah nama akaun anda dan klik Settings.

kredit : How To Geek

Scroll down ke bahagian ‘Autoplay’ dan toggle button ‘Similar Songs When Your Music Ends’ ke kiri untuk mematikannya.

kredit : How To Geek

Pada Aplikasi Mudah Alih

Buka Spotify, pergi ke tab ‘Your Library’, dan klik ikon ‘Settings’ di penjuru kanan sebelah atas.

kredit : How To Geek

Kemudiannya, pergi ke ‘Playback’. Scroll down hingga ke bawah dan ubah button ‘Autoplay’ kepada matikan.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Itu sahaja! Kini anda tidak perlu risau lagi Spotify memainkan lagu secara automatik dan menghabiskan data anda.

Sumber : How To Geek
Read More  Bagaimana Hendak Hentikan Instagram Daripada Menghantar Notifikasi Secara Berterusan?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...