Beli Belah Pada Android Kini Lebih Mudah Dengan ‘Pay with Google’

351

Guna mana-mana kad kredit atau debit anda yang disimpan pada akaun Google anda untuk pembelian secara online!

Seperti yang dijanjikan, Google telah mengemaskini pembelian dalam talian untuk peranti Android dengan melancarkan ‘Pay With Google’.

kredit : Engadget

Ciri ini akan membolehkan anda menggunakan mana-mana kad kredit atau debit anda yang anda telah log masuk pada laman web produk titan (seperti Chrome, Android Pay, You Tube atau Google Play) untuk checkout dengan hanya beberapa klik.

Ia akan mengesahkan pembelian anda dengan kod keselamatan atau peranti Android anda.

Dengan cara itu, anda tidak perlu lagi menaip maklumat kad anda yang panjang di laman web atau mengisi borang pembayaran di aplikasi.

Sebaliknya, Google akan menghantar butiran pembayaran anda kepada penjual dan memberikan alamat penghantaran dari akaun anda.

kredit : Engadget

‘Pay with Google’ ini kini tersedia di 15 tempat seperti yang tertera di atas, dengan kebanyakannya berada di luar negara. Google akan menambah untuk beberapa aplikasi yang lain dari masa ke masa.

Sumber : Engadget

Read More  Helah VPN Yang Menyebabkan Laman Web Menjadi Lebih Pantas

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...