Google Akan Membayar Penggodam Yang Menemui Kelemahan Dalam Aplikasi Android Yang Popular!

915

Google berharap dapat meningkatkan kualiti aplikasi di platform Play miliknya dengan mengumumkan program terbaru yang sangat berlainan dengan program yang sedia ada.

Program lama kebanyakannya berfokus untuk mencari kelemahan di laman web dan sistem pengendaliannya tetapi program yang terbaru ini berlainan sama sekali. Google akan membayar penggodam sekiranya mereka menjumpai kelemahan dalam aplikasi pihak ketiga yang popular di paltformnya.

kredit : Google

Mereka perlu mengemukakan penemuan mereka terus kepada pemaju dan bekerja dengan mereka sebelum mereka boleh membuat laporan melalui platform HackerOne untuk mendapatkan ganjaran mereka.

Google menjanjikan $ 1,000 (RM 4233.50)  untuk tiap-tiap isu yang memenuhi kriterianya, tetapi bounty hunters tidak boleh memilih aplikasi spammy (di mana terdapat banyak di Play Store) untuk mendapatkan wang tunai.

Buat masa ini, mereka hanya boleh mendapatkan ganjaran jika mereka dapat mencari kecacatan dan kelemahan untuk Dropbox, Duolingo, Line, Snapchat, Tinder, Alibaba, Mail.ru dan Headspace.

Google merancang untuk menjemput lebih banyak pemaju aplikasi pada masa akan datang, tetapi mereka perlu bersedia untuk mengatasi sebarang kelemahan yang dijumpai.

Sumber : Engadget
Read More  Telegram Kini Boleh Kongsikan Lokasi Anda Pada Masa Nyata!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...