Anda Boleh Cuba Aplikasi Android di Google Play Tanpa Perlu Memuat Turunnya!

842

Google mengumumkan yang kini pengguna Android boleh menggunakan ‘Instant Apps’ untuk mencuba aplikasi di Google Play tanpa perlu install aplikasi tersebut di telefon mereka.

Dengan hanya menggunakan butang ‘Try It Now’, pengguna boleh mengakses ciri-ciri utama aplikasi tersebut tanpa perlu memuat turunnya. Pengguna boleh menggunakannya dan menguji aplikasi tersebut dan sekiranya mereka berpuas hati, mereka boleh memuat turunnya selepas itu.

Aplikasi yang mempunyai ciri ‘aplikasi segera’ ini akan mempunyai butang ‘Try It Now’ bersebelahan dengan butang ‘Install’ di Google Play.

Butang baru itu direka untuk mempromosikan ‘Instant Apps’. Buat masa sekarang, cuma lapan aplikasi yang mempunyai ‘Instant Apps’ ini termasuklah aplikasi BuzzFeed dan NYTimes Crosswords.

kredit : Google

Bagi pemaju dan ahli perniagaan, membolehkan pengguna yang berpotensi untuk menguji aplikasi boleh membawa kepada peningkatan dalam langganan dan penggunaan aplikasi, terutamanya untuk aplikasi berbayar.

Seperti contoh di supermarket, mereka memberikan sampel makanan kepada pengguna, dan cara ini boleh mempengaruhi pengguna untuk membeli produk tersebut meskipun pengguna tersebut sangat mengambil kira mengenai harga sesuatu barangan itu.

Bagi pemaju yang ingin melakukan promosi terhadap aplikasi Android mereka, ciri ‘Instant Apps’ ini akan memberikan pemaju cara mudah untuk berkongsi dan menyebarkan aplikasi tersebut melalui pautan yang boleh dikongsikan melalui teks mesej dan media sosial.

Google juga turut berkongsi beberapa perubahan langganan yang dilakukannya termasuklah penguatkuasaan percubaan percuma yang pertama dan juga pemberitahuan jika pengguna membatalkan langganan mereka.

kredit : Google

Google juga akan menggugurkan yuran transaksi untuk hosting aplikasi dari 30% hingga 15% jika pengguna meneruskan langganan mereka melebihi 12 bulan bermula 1 Januari 2018.

Perubahan ini juga menandakan peralihan dari aplikasi one-time-payment kepada langganan aplikasi dengan kebanyakan perubahan bertujuan untuk memudahkan operasi dan mempromosikan aplikasi langganan di Google Play.

Read More  Bagaimana Hendak ‘Senyapkan’ E-mel Berantai Dalam Gmail?
Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...