Akhirnya Usaha Twitter Untuk Menjadikannya Tempat Yang ‘Selamat’ Sudah Tercapai!
Grup yang ganas, imej dan simbol yang mendatangkan kebencian akan dikeluarkan pada 3 November.
Akhirnya desas desus bila Twitter akan menjadikan paltformnya selamat daripada anasir negatif telah terjawab. Twitter telah mengeluarkan Safety Calendar di mana ia menceritakan dengan lebih terperinci bila ia akan melancarkan beberapa peraturan baru untuk menjadikan platform tersebut lebih selamat.

Twitter bercadang untuk memusnahkan usaha yang mendatangkan kebencian dan keganasan di platformnya bermula 3 November ini. Mereka juga berjanji untuk mula menggantungkan akaun yang menggunakan keganasan untuk memajukan organisasi mereka.
Avatar dan headers dengan imej dan simbol yang menunjukkan keganasan seperti pembunuhan tidak akan lagi dibenarkan dan tweets yang mempunyai imej dan simbol tersebut akan diletakkan di belakang filter.

Twitter mengatakan ia akan menunjukkan contoh-contoh apa yang difikirkannya sebagai “imej yang mendatangkan kebencian/keganasan” apabila polisi itu sudah dimuktamadkan supaya tidak ada lagi keraguan mengenai jenis simbol yang tidak dibenarkan lagi.
Di samping itu, Twitter juga akan mula menyekat keupayaan orang untuk mendaftar dengan nama yang mengundang kebencian dan keganasan pada 22 November. Segala peraturan baru Twitter selebihnya boleh dibaca di Safety Calendar.
Selepas ini, Twitter akan menjadi paltform media sosial yang lebih selamat dan kita sebagai pengguna akan lebih selesa untuk menggunakannya.
Komen