eBay Kini Akan Mengesahkan Keaslian Beg Tangan Mewah Yang Dijual Di Laman Webnya!

855

eBay kini menawarkan perkhidmatan baru untuk penjual beg tangan mewah. Hari ini syarikat itu melancarkan eBay Authenticate, sebuah perkhidmatan yang menunjukkan gambar, senarai, menjual, melakukan penghantaran dan mengesahkan kesahihan beg tangan mewah dari 12 jenama utama.

kredit : Engadget

eBay mengatakan matlamat program itu adalah untuk meyakinkan ‘bakal’ pembeli untuk membeli barangan mewah tersebut.

Perkhidmatan ini meliputi beg tangan dan dompet bernilai lebih daripada $ 500 (RM 2114) dan dihasilkan oleh Balenciaga, Burberry, Céline, Chanel, Christian Dior, Fendi, Goyard, Gucci, Hermès, Louis Vuitton, Prada atau Valentino.

kredit : Engadget

Penjual yang mahukan sokongan Authenticate eBay hanya perlu menghantar item mereka kepada syarikat secara percuma melalui FedEx. Kemudian apabila kesahihan beg itu disahkan, eBay akan menguruskan yang lain.

Tetapi sudah pastinya, ia bukan percuma. Perkhidmatan ini akan mengambil 20 peratus daripada harga jualan akhir, yang sama dengan komisen yang dikutip oleh Poshmark dan kurang daripada yang diambil oleh The RealReal iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang serupa.

Bagi pembeli, bukan sahaja mereka mendapat beg yang ditandakan dengan label “Authenticity Verified”, ia juga dilengkapi dengan jaminan money back guarantee sebanyak 200 peratus.

Perkhidmatan ini sudah tersedia sekarang dan eBay mengatakan ia akan memperluaskannya untuk menampung jenama dan item lain pada  tahun depan.

Sesiapa yang menggunakan eBay Authenticate sebelum 31 Januari 2018 akan menerima 90 peratus daripada harga jualan dan bukan 80 peratus biasa.

Sumber : Engadget
Read More  Cari Telefon Anda Menggunakan "Find My Device"

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...