Aplikasi Telefon Delta Akan Mendaftar Masuk Penerbangan Anda Secara Automatik

645

Perjalanan udara moden kini penuh dengan sistem yang sangat ‘complicated’ dan memeningkan orang ramai dan salah satunya ialah mendaftar masuk (check in).

Kenapa kita perlu mengesahkan lagi penerbangan kita sedangkan kita sudah membeli tiket dan memilih tempat duduk, betul tak?

Beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menghapuskan sistem yang ‘annoying’ ini, tetapi masih banyak syarikat penerbangan di Amerika Syarikat masih menggunakannya.

Untuk itu, Delta telah mengemas kini aplikasi iOSnya dengan membenarkan penggunanya mendaftar masuk secara automatik hanya melalui aplikasi itu sahaja (masih belum tersedia untuk pengguna Android lagi).

kredit : Google

Anda akan menerima pas masuk 24 jam sebelum anda berlepas. Dengan menggunakan aplikasi ini, tiada lagi pendaftaran masuk secara ‘last minutes’ dan penumpang tidak perlu lagi terkejar-kejar jika terlambat kerana risau waktu untuk mendaftar masuk sudah berakhir.

Namun ada beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya. Apa yang akan berlaku jika anda mahu menukar tempat duduk atau anda tidak mahu mendaftar masuk bagasi anda?

Delta telah disoal mengenai ini, dan mereka berkata perkara ini mungkin akan menimbulkan masalah buat penumpang yang mahu membuat perubahan pada minit terakhir.

Meskipun begitu, ciri ini sangat berguna buat semua penumpang. Ini akan menjadikan penerbangan anda lebih selesa dan kakitangan syarikat penerbangan juga boleh bernafas dengan lebih senang kerana mereka tidak perlu lagi melayan ramai orang yang mahu medaftar masuk di lapangan terbang.

Hanya sedikit sahaja jumlah penumpang yang akan mendaftar masuk secara manual kerana selebihnya sudah mendaftar masuk melalui aplikasi Delta ini.

Meskipun banyak syarikat penerbangan sudah melakukan sistem seperti Delta ini, namun masih ada syarikat penerbangan yang masih menggunakan kaedah lama yang manual. Mungkin syarikat-syarikat penerbangan yang belum melakukan ini boleh mengikuti jejak Delta dalam memudahkan urusan pendaftaran masuk ini.

Read More  Adakah WhatsApp Menyimpan Mesej Anda?
kredit : Engadget
Sumber : Engadget

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...