Niantic Menganjurkan Pertandingan Fotografi AR Pokémon Go!

452

Berapa baikkah kemahiran fotografi Pokémon Go anda? Kenapa soalan ini ditanya? Ini kerana Niantic telah menganjurkan pertandingan fotografi untuk semua pemain Pokémon Go.

kredit : engadget

Berita baiknya, ia tidak terhad untuk penduduk Amerika Syarikat sahaja tetapi dianjurkan untuk semua pemain di seluruh dunia!

Pemenang pertandingan ini akan menerima bag yang sangat swag beserta poster yang ditandatangani oleh pasukan Pokémon Go, sepasang earbuds Bluetooth tanpa wayar dan yang paling menariknya ialah anda akan menerima aksesori Go Plus!

kredit : Google

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 25 Oktober ini. Bagaimana anda mahu menyertainya? Anda hanya perlu menangkap gambar AR Pokémon Go yang menarik dan kemudiannya post gambar tersebut ke Instagram berserta tag #PokemonGOcontest.

Sumber : Engadget
Read More  Cara Hendak Melaporkan Sesuatu Video Atau Komen Di YouTube

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...