LinkedIn Akan Menambahkan Iklan Autoplay Untuk Rangkaian Profesional Anda!

397

LinkedIn sangat sinonim dengan e-mel spam bagi ramai pengguna, dan pengumuman terbaru mereka mungkin tidak akan membantu menaikkan reputasi mereka kerana mereka sangat sinonim dengan email spam mereka yang sangat annoying bagi sesetengah orang.

Menurut Recode, syarikat (yang kini dimiliki oleh Microsoft) akan mula menjual iklan video autoplay yang boleh dilihat oleh pengguna dalam feeds mereka. Berita baiknya ialah video tersebut akan dimainkan tanpa bunyi.

kredit : engadget

Syarikat itu kelihatan ‘terlambat’ dalam perkembangan video seperti perisian lain. Disebabkan itu, mereka telah menambah alat penciptaan video yang membolehkan pengguna merakam dan berkongsi video tersebut di feeds mereka pada beberapa bulan lepas.

Ini kerana post yang berkaitan video dikongsikan lebih kerap berbanding yang lain di LinkedIn. Jelas sekali, mereka mahu mendapatkan hasil daripada populariti video itu.

Disebabkan itu, mereka kini menyediakan iklan autoplay untuk rangkaian profesional anda. Mereka percaya dengan video, orang lebih tertarik untuk melihat rangkaian anda berbanding cara lain.

Syarikat itu kini sedang menguji ciri itu dengan sekumpulan pemasar kecil dan akan mengembangkannya kepada sesiapa yang ingin membeli iklan di platform tersebut.

Sumber : Engadget

Read More  Ini Adalah Alat Terbaik Untuk Mengedit Gambar Di Chromebook!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...