Telegram Kini Boleh Kongsikan Lokasi Anda Pada Masa Nyata!

396

Telegram sangat terkenal melalui ciri privasi yang ada pada aplikasinya tetapi itu tidak bermakna anda perlu merahsiakan semuanya. Mungkin ada sesetengah perkara yang anda mahu/perlu dedahkan.

Kini, syarikat itu telah mengemaskini aplikasi Telegram di Android dan iOS dengan memberikan pilihan untuk kongsikan lokasi terkini anda secara live.

kredit : Google

Apabila anda menghidupkannya, semua orang di dalam chat anda boleh mengetahui dan melihat di mana anda berada secara langsung selama 15 minit atau sepanjang 8 jam!

Seperti yang anda boleh bayangkan, ia akan menjadi sangat berguna apabila anda mahu berjumpa dengan sesorang atau memastikan kenalan anda selamat sampai ke rumahnya.

Syarikat itu juga meningkatkan ciri-cirinya untuk peminat muzik dan polyglots. Pemain media di dalam aplikasi tersebut telah dikemaskini seperti boleh memainkan fail muzik seperti MP3 dengan lebih baik.

kredit : Google

Selain itu, sokongan bahasa pada interface aplikasi tersebut adalah lebih baik berbanding sebelum ini, termasuklah memasukkan bahasa Perancis, Ukranian, Indonesia dan juga Malaysia.

Semua ciri-ciri yang dinaiktaraf ini akan menyebabkan pengguna rasa lebih selesa dan yang pastinya ianya adalah satu peningkatan yang hebat.

Sumber : Engadget
Read More  Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Orang Tidak Dikenali Mengikuti Anda Di Twitter

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...