Inilah Google Apps Yang Sangat Berguna Untuk Para Usahawan!

847

Bila bercakap mengenai Google, selalunya kita terbayangkan Gmail, GDrive dan juga Google Maps. Memang aplikasi-aplikasi ini sangat berguna dan ramai pemilik perniagaan bahkan orang awam menggunakannya.

Tetapi, tahukah anda, Google mempunyai banyak lagi aplikasi menarik dan sangat berguna untuk para usahawan? Untuk mengetahui aplikasi Google lain yang berguna untuk para usahawan, anda boleh melihatnya dengan lebih lanjut di bawah.

#1. Translate

kredit : Google

Bila bercakap mengenai Translate mesti anda semua terfikir mengenai Google Translate, betul tak? Ya, betul di mana Google Translate digunakan untuk menterjemahkan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu serta sebaliknya.

Tetapi, tahukah anda, Google Translate juga sangat berguna untuk pelancong di mana kita tidak perlu copy and paste lagi untuk menterjemahkannya.

Apa yang perlu dilakukan ialah, cuma halakan kamera anda ke arah perkataan teks tersebut dan secara automatik ia akan menterjemahkannya ke bahasa pilihan anda.

Jadi anda tidak perlu lagi risau jika anda mempunyai urusan bisnes di luar negara kerana anda boleh berkomunikasi dengan orang luar dengan mudah!

#2. Gmailify

kredit : Google

Sudah tentunya ini aplikasi yang berkaitan dengan email anda. Apa yang menariknya, aplikasi ini membenarkan anda menggabungkan kesemua email anda tidak kiralah samada Yahoo, Gmail, Outlook.com dan sebagainya.

Kebiasaannya, para usahawan mempunyai lebih daripada satu email untuk membahagikan antara akaun peribadi dan juga kerja. Gmailify ini sangat membantu para usahawan untuk menguruskan kesemua emel yang mereka miliki dalam satu akaun sahaja.

Jadi anda tidak perlulah risau lagi macam mana nak urus emel yang banyak-banyak ni apatah lagi jika kita terlepas pandang emel yang penting. Semuanya akan diurus dengan baik dan sistematik dengan Gmailify.

Read More  Google Maps Memperluaskan Mod Motorsikal ke Thailand, Singapura, Vietnam dan Negara-Negara Asia Lain

 #3. Google Scholar

kredit : Google

Kebiasaannya, apabila kita hendak melakukan pencarian, mesti kita pergi ke portal Google dan klik saja carian untuk mencari apa-apa, betul tak? Lazimnya, itu adalah cara terpantas untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Tetapi maklumat tersebut mungkin terlalu banyak dan tidak menepati apa yang anda mahukan.

Sebagai contoh, jika anda mahukan maklumat yang lebih untuk tujuan akademik dan bersifat kajian, anda boleh menggunakan Google Scholar. Ia adalah aplikasi terbaik untuk anda. Aplikasi ini akan melakukan pencarian yang lebih spesifik untuk pencarian anda.

Contohnya anda mahu mencari cara terbaik untuk mengiklankan produk di Malaysia berdasarkan kajian dan tinjauan daripada orang ramai, maka aplikasi ini sangat berguna untuk anda. Mungkin anda akan mendapat idea yang tidak disangka-sangka berdasarkan pandangan subjek kajian atau komuniti.

 #4. Google Keep

kredit : Google

Aplikasi ini sangat sesuai untuk anda yang menggunakan diari atau jurnal harian di mana ia akan mencatatkan perkara penting dan mengingatkan agenda anda pada setiap hari.

Jadi anda tidak perlu lagi membawa buku yang tebal dan berat ke mana-mana semata-mata risau jika anda terlepas sesuatu agenda. Yang menariknya, anda juga boleh membuat nota bewarna-warni dan menarik untuk rujukan anda.

#5. Google Sky

kredit : Google

Anda suka melihat bintang? Suka melihat ruang angkasa yang indah pada waktu malam? Anda pasti telah menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli teleskop semata-mata hobi anda ini, betul tak?

Kini anda tidak perlu berhabis ribuan ringgit lagi kerana aplikasi Google Sky pada telefon anda akan berfungsi sebagai teleskop. Selain itu, anda juga boleh belajar perkara baru mengenai galaksi melalui aplikasi ini juga.

#6. Google Fonts

kredit : Google

Lazimnya, bila kita menaip kita akan pilih secara manual jenis ‘font’ yang telah disediakan. Kebanyakannya tidak sesuai dengan projek anda. Namun, menggunakan Google Font, anda dapat mencari ‘font’ yang sesuai untuk projek anda kerana pelbagai pilihan ‘font’ tersedia untuk anda pilih.

Read More  Pasang Voice Note Di Whatsapp Tanpa Didengari Oleh Orang Lain (Tiada Headphone Diperlukan)

Ini sangat bagus kerana sebagai usahawan, anda perlu melakukan pembentangan, kertas kerja dan pengiklanan jadi Google Font sangat membantu untuk anda dalam pemilihan ‘font’.

#7. Google Trends

kredit : Google

Mungkin ada di antara kita sudah mengetahui aplikasi ini. Aplikasi ini membenarkan anda melihat trend carian terkini yang popular dalam masyarakat global. Anda dapat membuat analisa pasaran dengan lebih baik dengan mengetahui perkara atau produk yang menjadi bualan semasa.

#8. Build With Chrome

kredit : Google

Anda suka LEGO? Anak anda suka LEGO? Tahukah anda, aplikasi ini membolehkan kita bermain permainan LEGO secara maya. Oleh itu, sekiranya kita mempunyai urusan bisnes di luar dan perlu membawa anak-anak bersama, untuk mengelakkan mereka daripada bosan atau menganggu anda, anda boleh memberikan mereka aplikasi ini untuk menarik perhatian mereka.

Sumber : Majalah Niaga

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...