Pekerjaan IT Yang Paling Popular Tahun 2017!

437

2017 kelihatan sangat cerah untuk industri teknologi, memandangkan lebih banyak syarikat kini berminat untuk mengupah para profesional IT dengan kemahiran yang bagus dan canggih untuk meneruskan usaha ke arah transformasi digital.

“Sektor IT masih berkembang pesat berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain,” kata Tim Herbert, naib presiden kanan penyelidikan dan risikan pasaran di CompTIA.

kredit : google

Tahun baru ini mungkin akan melihat penekanan terhadap soft skills dalam IT, kerana lebih banyak projek overlap dengan unit perniagaan, kata Herbert.  Ia juga akan menjadi sangat penting bagi para profesional IT untuk terus mengikuti teknologi baru dan mengekalkan kemahiran mereka dengan cemerlang pada tahun 2017.

Inilah senarai teratas 10 pekerjaan IT yang paling popular untuk tahun 2017 :

#1. Saintis Data (Data Scientist)

Saintis Data menduduki tempat pertama dalam senarai pekerjaan terbaik di Amerika oleh Glassdoor. Kemahiran dalam data ini mendapat tempat tertinggi dalam kaji selidik yang dijalankan oleh CompTIA.

Syarikat-syarikat kini mempunyai set data yang sangat besar yang memerlukan pengetahuan tentang Hadoop dan sistem distributed yang lain untuk dianalisa. Oleh itu permintaan untuk saintis data sangat tinggi pada 2017.

#2. Jurutera Peringkat Kemasukan (Entry-level Engineer)

Jurutera peringkat kemasukan pula menduduki tempat pertama dalam klik pengguna untuk sektor teknologi dan kejuruteraan di halaman pencarian kerja Indeed dan ini menunjukkan bahawa ia adalah pekerjaan yang paling dicari dalam pelbagai bidang. 

3. Pereka UX (UX Designer)

Pereka UX pula menduduki ranking ke-18 dalam senarai Glassdoor’s Best Jobs di Amerika, dengan 863 posisi dibuka dengan median gaji dasar sebanyak $91,800. Dalam penyelidikan yang dilakukan oleh CompTIA, perusahaan melaporkan mereka kini lebih memberikan tumpuan dalam inovasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Read More  Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda Terasa Panas?

Jadi ini akan meningkatkan permintaan dalam bidang ini dan lebih ramai pemaju UI diperlukan oleh syarikat-syarikat masa kini.

#nota : UX bermaksud User Experience, UI bermaksud User Interface

#4. Pengurus Jaminan Kualiti (Quality Assurance Manager)

Pengurus jaminan kualiti berada di kedudukan kedua di senarai Indeed, dan ke-15 di senarai pekerjaan terbaik Glassdoor di Amerika, dengan 3,749 posisi dibuka dengan median gaji dasar sebanyak $ 85,000.

#5. Pengurus Analisis (Analytics Manager)

Dengan berada pada tangga ke-11 di senarai Glassdoor, pengurus analisis bertanggungjawab untuk membuat strategi yang berkesan untuk mengumpul data, menganalisis maklumat, menjalankan penyelidikan, dan melaksanakan penyelesaian analisis untuk produk dan perkhidmatan. Terdapat 982 posisi terbuka dalam bidang ini di Glassdoor, dengan median gaji dasar sebanyak $ 105,000.

#6. Pemaju Salesforce (Salesforce developer)

Herbert berkata beliau terus melihat permintaan yang tinggi untuk pemaju Salesforce yang boleh mengintegrasikan aplikasi yang berbeza dengan Salesforce atau membina ciri-ciri baru di atas platform tersebut.

Syarikat sememangnya memerlukan seseorang untuk memiliki pengalaman dengan platform yang berbeza dan membolehkan pelbagai produk dan aplikasi untuk berhubung dengan syarikat mereka, kata Herbert.

7. Penganalisis Keselamatan (Security Analyst)

Dengan berkembangnya teknologi sekarang ini di mana serangan siber boleh terjadi bila-bila masa sahaja, syarikat-syarikat yang lebih besar terutamanya sedang mencari pekerja untuk bahagian keselamatan. Pekerja dalam posisi ini akan megambil pendekatan proaktif dari segi pencegahan, pengesanan, dan tindak balas untuk sesuatu insiden serta melatih pekerja.

8. Pemaju Full Stack (Full Stack Developer)

Perusahaan kini mencari seseorang yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai lapisan yang berlainan.  Kini semua perisian memberikan kesan kepada semua jenis perniagaan di mana ianya memberikan harapan yang tinggi kepada pelanggan untuk merasai pengalaman yang hebat dan juga interfaces yang menarik, jadi sangat penting bagi syarikat untuk memahami bagaimana semuanya berfungsi. Oleh itu syarikat sangat memerlukan pemaju Full Stack.

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan USB Flash Drive Pada Telefon Android Atau Tablet Anda?

9. Arkitek Penyelesaian (Solutions Architect)

Arkitek penyelesaian berada di kedudukan ketiga pada senarai pekerjaan terbaik Glassdoor di Amerika, dengan median gaji dasar sebanyak $ 119,500 dan 2,906 posisi dibuka. Posisi ini melibatkan kerja untuk menterjemah keperluan yang dibuat oleh penganalisis kepada penyelesaian sebenar menggunakan teknologi.

#10. Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer)

Jurutera pembelajaran mesin pula berada pada kedudukan ke-25 pada senarai Indeed, dan berkemungkinan besar ia akan menjadi lebih popular dengan peningkatan artificial intelligence di pelbagai industri.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...