Kedai Fizikal vs Kedai Online : Mana Satu Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda?

1,380

Sebelum memulakan bisnes, anda pasti akan memikirkan banyak perkara dan tertanya-tanya apakah cara yang terbaik untuk berniaga. Persoalan yang paling kerap bermain di fikiran anda pastinya adakah anda ingin menyewa kedai atau berniaga secara online sahaja.

Untuk itu, anda harus berfikir secara bijak dan memikirkan medium terbaik untuk menjual produk atau servis anda. Ada bisnes yang memerlukan kedai fizikal manakala ada bisnes yag memerlukan kedai online sahaja untuk mendapatkan keuntungan yang besar.

Meskipun kita berada di zaman teknologi, jangan fikir semuanya perlu dilakukan menggunakan teknologi. Untuk itu anda harus lihat pada kesesuaiannya sebelum tetapkan kedai bisnes yang macam mana sesuai untuk anda.

Berikut adalah tips bagaimana untuk memilih jenis kedai untuk perniagaan anda.

#1 Fikirkan Kos Anda.

kredit : Google

Sudah tentunya, kos adalah perkara utama dalam menentukan jenis kedai untuk bisnes anda. Seperti yang kita semua tahu, kos untuk membuka kedai fizikal lebih tinggi berbanding kedai online tetapi tidak semestinya perniagaan online itu baik untuk anda dan syarikat.

Jika anda memilih untuk membuka kedai online, harus diingatkan bahawa ianya juga menelan duit yang banyak seperti mana kedai fizikal melainkan anda mempunyai kemahiran untuk membina website anda sendiri dan mempunyai banyak masa untuk mengemaskini dan memantau trafik website anda.

Oleh itu, kos merupakan perkara penting untuk menentukan jenis kedai bagi bisnes anda. Untuk itu, anda perlu catatkan segala kos untuk membuka kedua-dua jenis kedai ini dan buatlah keputusan dengan bijak.

#2 Fikirkan Inventori Anda

kredit : Google

Jika anda tidak dapat membuat keputusan, anda perlu memikirkan inventori apa yang anda perlukan. Mungkin ini akan membantu anda memilih jenis kedai untuk bisnes anda.

Read More  7 Perbezaan Enterprise Dan SDN BHD

Jika produk anda adalah dalam jumlah stok yang banyak, ianya sukar untuk anda menguruskannya secara online. Ini kerana sesetengah produk sukar untuk disimpan seperti perabot, gajet dan sebagainya. Jadi anda memerlukan kedai fizikal untuk menyimpannya.

Meskipun produk anda itu kecil, tetapi dengan adanya ‘demand’ daripada pelanggan, anda mungkin perlukan ruang yang besar untuk menyimpan kesemua produk anda itu.

Jika produk anda adalah kategori barangan mahal, anda juga harus memikirkan dengan baik untuk menjualnya secara online. Ini kerana, kebanyakan orang tidak akan menempah barangan mahal melalui online.

Mereka lebih selesa untuk membeli dengan melihatnya dengan mata sendiri, membelek dan menilai sendiri kualiti barangan tersebut. Malah mereka juga akan mudah terpengaruh dengan penjual yang menjual barangan tersebut.

#3 Fikirkan Mengenai Persaingan

kredit : Google

Untuk membuka bisnes bukanlah perkara yang mudah kerana persaingan itu wujud di mana-mana. Bisnes yang berjaya adalah yang mendapat kepercayaan dari pelanggan.

Untuk itu, sebelum memikirkan jenis kedai untuk bisnes anda, anda harus memikirkan mengenai pesaing anda. Adakah pesaing anda menjual produk atau servis seperti anda secara online atau kedai fizikal?

Jika mereka melakukannya secara fizikal, mungkin anda boleh mengikut jejak yang sama ataupun melakukannya secara online jika anda rasakan produk atau servis anda itu sesuatu yang pelanggan perlukan.

Itu untuk kedai fizikal. Untuk kedai online, anda harus memikirkan yang mana satu akan memberi manfaat kepada anda dan juga pelanggan. Jika anda rasa ingin turut serta dalam persaingan secara online, silakan. Jika tidak, anda mungkin boleh buka kedai fizikal.

#4 Fikirkan Demografi Anda

kredit : Google

Ini adalah perkara penting yang anda harus ambil tahu juga. Sebagai usahawan, anda harus mengambil tahu kehendak bakal pelanggan anda untuk memudahkan anda memasarkan produk anda untuk target market yang lebih spesifik.

Read More  Gabungkan Semua Akaun Gmail Anda Dengan 4 Langkah Super Easy!

Perkara ini penting di mana ia akan menetukan sama ada untuk bergerak secara online atau offline. Anda perlu melihat faktor usia, jantina, budaya dan sebagainya.

Jika target market anda adalah orang tua, maka kedai fizikal adalah sesuai untuk bisnes anda manakala jika target market anda adalah untuk golongan muda, mungkin kedai online lebih sesuai untuk bisnes anda.

#5 Fikirkan Strategi Pemasaran

kredit : Google

Jenis kedai selalunya mempengaruhi cara untuk melakukan pemasaran kepada orang ramai kerana kedua-duanya mempunyai strategi pemasaran yang berbeza. Sudah pastinya anda mahukan bisnes anda dan jenama anda dikenali ramai betul tak?

Jadi anda harus memikirkan strategi pemasaran yang sesuai untuk kedai bisnes anda. Untuk kedai fizikal, kebanyakan cara untuk melakukan pemasaran dalah melalui kaedah tradisional di mana banyak cetakan diperlukan berbanding kedai online yang lebih kepada rekaan digital.

Akhir Kata

Jadi anda dah tahu bagaimana untuk memilih samada membuka kedai fizikal atau kedai online untuk bisnes anda? Jika ada sudah memilihnya, tahniah diucapkan dan jika belum, jangan risau, anda memang perlukan masa yang lama untuk memikirkan hal ini secara mendalam.

Sumber : Majalah Niaga

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...