Google Melancarkan Ciri Keselamatan Terbaru Untuk Gmail Bagi Melindungi Eksekutif Dari Serangan Siber!

371

Ciri keselamatan terbaru dari Gmail akan menggunakan dua kunci keselamatan fizikal (two physical security keys) yang mana ianya akan melindungi eksekutif dan orang yang mempunyai sasaran tinggi untuk diserang oleh serangan siber daripada terkena serangan tersebut.

Ciri tersebut dikenali sebagai Advanced Protection Program dan akan dilancarkan pada bulan depan.

Salah satu kaedah perlindungan utama yang akan digunakan oleh ciri terbaru ini adalah untuk menyekat aplikasi pihak ketiga daripada mengakses data akaun Gmail atau fail Google Drive pengguna Gmail tersebut. Hal ini akan membantu mengurangkan serangan phishing dan sebagainya.

kredit : Tech Republic

Cara ciri tersebut berfungsi adalah perkara yang paling menarik mengenainya. Daripada bergantung pada pengesahan multi-faktor seperti yang digunakan oleh kebanyakan program lain, ciri terbaru dari Google ini akan menggunakan dua kunci keselamatan fizikal yang berbeza untuk mengesahkan pengguna tersebut.

Kembali pada tahun 2014, Google telah melancarkan perisian untuk fungsi USB Security Key miliknya di mana ianya menggunakan USB stick untuk membantu meningkatkan keselamatan pengesahan dua factor yang dilakukannya.

Ciri baru ini akan menggunakan USB Security Key beserta kunci fizikal lain untuk melakukan pengesahan.

Ciri baru tersebut disasarkan secara khusus kepada eksekutif dan juga pemimpin utama kerana mereka lebih cenderung menjadi mangsa serangan politik dan sebagainya. Contohnya pengerusi kempen Hillary Clinton 2016, John Podesta yang mana akaun Gmail miliknya telah digodam.

Ciri ini jika telah melepasi ujian, akan menjadi ciri terbaru yang dilakukan oleh Gmail dan syarikat Alphabet untuk meningkatkan lagi ciri keselamatan Gmail dan aplikasi G Suite yang lain.

Kesimpulannya :

#1 Advanced Protection Program, ciri keselamatan baru untuk Gmail, bertujuan untuk mejadikan e-mel para eksekutif dan pemimpin lain lebih selamat dengan bantuan dua kunci keselamatan fizikal.

Read More  Cara Untuk Menyimpan Foto Dari Aplikasi “Notes” Di iPhone Anda Ke Aplikasi “Photos” Anda

#2 Ciri terbesar program ialah fakta bahawa ia akan menyekat aplikasi pihak ketiga daripada mengakses data dalam akaun Gmail, atau fail pada Google Drive pengguna.

#3 Google telah mengambil banyak langkah untuk meningkatkan keselamatan Gmail, termasuk menambahkan machine learning tools dan amaran phishing terbaru.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...