Cara Mudah Untuk Perusahaan Menjimatkan Wang Dan Tenaga!

1,060

Anda pemilik perusahaan? Runsing dengan bil elektrik yang semakin melambung-lambung? Nah, artikel ini akan mengajar anda cara untuk anda menjimatkan wang dan tenaga untuk perusahaan anda.

#1 Matikan PC dan Komputer Riba Bila Tidak Digunakan

kredit : Google

Mematikan PC dan komputer riba apabila tidak digunakan untuk masa yang lama adalah penting untuk menjimatkan tenaga dan menurunkan bil perusahaan anda.

Satu PC 120 watt misalnya boleh menggunakan sehingga 249.6 kWh (kilowatt-jam) setahun jika kita bekerja 260 hari setahun. Jadi anda boleh fikirkan berapa banyak yang anda boleh simpan jika anda mematikan komputer anda bila tidak digunakan.

#2 Guna Peti Ais Berbanding Water Coolers

kredit : Google

Menggunakan peti ais besar lebih menjimatkan berbanding menggunakan penyejuk air panas dan sejuk kerana ianya menggunakan lebih banyak tenaga.

Namun, semakin kerap anda membuka peti ais, semakin tinggi kos elektrik yang terpaksa ditanggung. Tahukah anda, kesan peningkatan elektrik pada peti ais adalah dua kali ganda sekiranya anda membiarkan banyak ruang dengan keadaan kosong.

Oleh itu, bagi mengekalkan suhu sejuk peti ais anda, disarankan agar penuhkan ruangan yang kosong dengan botol-botol air. Hal ini akan menggantikan udara yang kosong dan menghindarkan tenaga yang dibazirkan semasa membuka peti ais.

#3 Guna Lampu Kalimantang

kredit : Google

Gantikan lampu pijar dengan lampu neon/kalimantang yang sangat menjimatkan tenaga. Ianya dikatakan bertahan sepuluh kali lebih lama sebanyak 75% jimat elektrik.

#4 Kitar Semula

kredit : Google

Gunakan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, buku nota, cawan, kartrij dakwat, komputer, telefon, bekas dan sebagainya. Selain itu, anda digalakkan untuk membeli barangan refill berbanding membeli barangan yang baru yang pastinya menggunakan duit yang banyak.

Read More  Infografik - Sejauh Mana Sedekad Evolusi Iphone?

#5 Gunakan Cahaya Semulajadi

kredit : Google

Daripada menggunakan pencahayaan buatan, cuba anda beralih ke pencahayaan semulajadi. Pencahayaan buatan menggunakan banyak tenaga dan menyumbang sebahagian besar daripada bil elektrik anda.

Sekiranya anda terpaksa menggunakan pencahayaan buatan, pasang dimmers dan sensor gerakan untuk mematikan lampu secara automatik apabila kawasan tersebut tidak digunakan.

#6 Elakkan Penyaman Udara Yang Bersaiz Besar

kredit : Google

Apabila musim panas, penyaman udara adalah alatan yang menjadi kegemaran untuk digunakan. Namun, penyaman udara juga antara faktor besar menyumbang kepada peningkatan bil elektrik anda setiap bulan.

Oleh itu, pemilihan yang tepat dalam memasang penyaman udara adalah sangat diperlukan. Hal ini bergantung kepada saiz bilik atau pejabat. Sekiranya saiz bilik adalah 10 sq. meter dan ke bawah, gunakan penyaman udara jenis conventional window.

Manakala bagi saiz 18 sq. m, anda  disarankan untuk menggunakan penyaman udara 1.0 HP inverter split. Teknologi bagi penyaman udara ini menggunakan teknologi yang membenarkan compressor untuk membuat penukaran suhu kepada tahap yang sesuai.

Sumber : Business Insider

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...