Bagaimana Nak Menghentikan Uber Dari Menjejaki Lokasi iPhone Anda Apabila Anda Tidak Menggunakan Aplikasi Tersebut?

627

Kebanyakan aplikasi iOS yang memerlukan lokasi anda akan memberi anda pilihan samada anda boleh memberikannya akses “Always”, atau hanya memberikan akses “While Using the App”.

Namun, Uber hanya akan memberikan anda pilihan “Always” atau “Never”, yang bermaksud ia dapat menjejaki anda selepas perjalanan anda berakhir dan apabila anda berhenti menggunakan aplikasinya.

kredit : Google

Dengan iOS 11, Apple telah memaksa aplikasi tersebut untuk menawarkan pilihan “While Using” untuk kebenaran lokasi. Uber menyatakan bahawa mereka telah menghentikan pilihan sebelum ini, tetapi aplikasi Uber di iPhone masih menunjukkan memberi akses “Always”  untuk lokasi anda melainkan jika anda membatalkan akses yang diberikan sebelum ini.

Selagi Uber mempunyai kebenaran itu, ia akan terus menjejaki anda di luar aplikasi bila-bila dia mahu.

Untuk membatalkan keupayaan Uber untuk sentiasa menjejaki lokasi anda, pergi ke Settings > Privacy > Location Services pada iPhone anda.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Scroll down dan klik aplikasi “Uber” dalam senarai. Klik “While Using” dan Uber hanya akan mempunyai akses untuk lokasi anda semasa anda menggunakan aplikasinya sahaja.

kredit : How To Geek
kredit : How To Geek

Alang-alang anda sudah berada di tetapan telefon anda, anda boleh terus scroll down dan mencari aplikasi apa lagi yang memberi akses “Always” untuk lokasi anda.

kredit : How To Geek

Jika anda tidak mempercayai aplikasi yang memerlukan akses untuk lokasi anda, anda boleh mengubahnya kepada “While Using” untuk lebih selamat.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana cara hendak membuat tempahan awal dengan Uber Ride anda boleh membacanya di sini.

Sumber : How To Geek
Read More  SelfMade, Aplikasi Pengeditan Foto Terbaik Untuk Anda!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...