Panduan Menguruskan Gaji Pertama Anda

174

Pastinya tiada hari yang akan sama seperti hari di mana anda menerima gaji pertama anda. Ianya pasti sangat mengujakan kerana sepanjang bulan tanpa tidur yang cukup, tekanan dan juga mungkin penurunan berat badan akibat kerja akhirnya berbaloi.

Apabila menerima gaji pertama, kebanyakan orang memilih untuk menggunakan gaji pertama mereka untuk membeli rumah atau kereta idaman mereka dan juga menghabiskan duit belanja rakan-rakan dan juga keluarga.

Namun, harus diingatkan, gaji pertama adalah permulaan untuk masa depan yang cerah. Jika anda tersilap mengambil langkah, masa depan anda boleh gelap. Anda juga perlu ingat akan setiap bil-bil yang anda perlu jelaskan.

Ikuti tips ini untuk menggunakan gaji pertama anda dengan bijak agar anda tidak tersilap langkah dalam berbelanja.

Bajet

Anda perlu membuat bajet untuk aliran tunai gaji pertama anda. Apakah perbelanjaan bulanan anda? Anda perlu mencatat segala perbelanjaan untuk aliran tunai gaji pertama anda.

Ini termasuklah sewa, tambang bas, makan, pakaian, wifi dan sebagainya. Setelah mengetahui jumlah perbelanjaan bulanan, peruntukkan pula jumlah yang ingin anda simpan dan pastikan ianya tidak disentuh.

Jelaskan Hutang

Ini adalah hal yang paling penting yang perlu anda lakukan. Sekiranya anda mempunyai hutang, jangan menghabiskan lebih dari 30% pendapatan yang anda dapat untuk membayar hutang.

Anda perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membayar balik semua hutang dengan cara yang selesa tanpa menggunakan terlalu banyak pendapatan yang diperoleh.

kredit : Google

Namun harus diingatkan, tidak kiralah anda berhutang dengan adik beradik sendiri mahupun kawan baik anda sendiri, hutang tetap perlu dijelaskan meskipun mereka tidak memintanya. Anda harus ingat mereka juga bekerja keras untuk mendapatkan duit itu.

Read More  4 Aplikasi Terbaik untuk Membantu Anda Berjimat Cermat

Keperluan dan Kehendak

Menerima gaji pertama sudah pastinya akan membuatkan anda teruja untuk membeli semua yang anda impikan. Namun, anda perlu bijak membezakan antara keperluan dan kehendak supaya anda tidak menghabiskan kesemua gaji pertama anda dengan memenuhi kehendak anda. Jangan jadi tamak. Bertindaklah secara bijak. Beli apa yang penting dahulu.

Akaun Kecemasan

Perkara-perkara di luar jangkaan seperti kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, amat penting bagi anda menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk kecemasan. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bersih anda untuk waktu kecemasan.

Rumah atau Kereta?

Kebanyakan orang akan tergesa-gesa untuk membeli rumah atau kereta ketika menerima gaji pertama mereka. Ianya tidak salah, tetapi sebaiknya simpan dahulu wang anda sehingga pendapatan dan wang simpanan yang anda miliki telah stabil.

kredit : Google

Sebagai permulaan, sewa rumah yang murah atau tinggal dengan keluarga dulu. Memiliki kereta sendiri juga bukanlah sesuatu yang mustahak jika anda boleh menaiki kenderaan awam atau boleh mengurangkan kos perbelanjaan dengan menaiki motorsikal.

Sumber : Daily Nation

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...