Gabungkan Semua Akaun Gmail Anda Dengan 4 Langkah Super Easy!

1,151

Akaun gmail sememangnya percuma dan mudah untuk digunakan. Ramai yang gunakan gmail untuk pelbagai fungsi seperti diri sendiri, program, keluarga, kelab dan banyak lagi! Tahukah anda, anda sudah tidak perlu lagi untuk bertukar tukar akaun jika ingin membuka dalam satu masa?

Anda hanya perlu buka satu emel utama dan gabungkan kesemua akaun gmail.  Hanya beberapa langkah sahaja yang anda perlu lakukan di tetapan Gmail. Jom ikut satu persatu.

Langkah #1 : Tambah Alamat E-mel Kedua

Pilih satu emel yang anda paling kerap guna dan jadikan ia sebagai emel yang utama untuk menerima emel dari akaun yang lain.

Akaun Gmail ini akan membolehkan anda menerima, mencari dan menghantar balasan dengan ID Gmail sekunder anda yang dipautkan ke akaun utama. Jadi, mari pergi ke akaun utama Gmail dan hubungkan alamat Gmail kedua.

Dalam akaun utama anda (yang anda mahu hantar dan terima semua emel anda dari) akaun Gmail, klik pada ikon gear dan kemudian pada Tetapan (Settings) dari sudut kanan atas skrin anda.

kredit : makeuseof

2. Klik tab Akaun dan Import (Accounts and Import ). Sekarang, dalam Hantar emel sebagai (Send mail as): penetapan, klik Tambah alamat e-mel lain yang anda miliki (Add another email address you own.)

kredit : makeuseof

Halaman web baru akan dibuka. Dalam ruang nama, masukkan nama penuh anda. Untuk alamat e-mel, masukkan ID e-mel kedua yang anda ingin sambungkan dari akaun ini.

Tandakan Treat as an alias jika anda ingin membalas sebarang e-mel yang dihantar ke mana-mana akaun yang dipautkan dari mana-mana alamat yang anda pilih. Anda juga boleh memilih untuk tidak tandakan kotak dan memilih alamat e-mel tertentu untuk membalasnya. Jangan bimbang, Gmail support akan menolong sebarang persoalan daripada anda.

kredit : makeuseof

Gmail akan menghantar mesej pengesahan ke e-mel ini untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemilik akaun tersebut.

Read More  Kemahiran Baharu Alexa Boleh Menakutkan Pencuri

Anda perlu memasukkan kod pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel ini dan klik pada ‘Sahkan’. Atau klik pada pautan pengesahan.

kredit : makeuseof

Selepas pengesahan, anda dapat melihat  alamat e-mel kedua dipaparkan dalam akaun utama di bahagian Send mail as.

Kini, setiap kali anda membuat e-mel, anda akan mempunyai pilihan baru dalam ruang ‘Dari’. Hanya klik pada alamat e-mel itu, dan itulah alamat yang akan dilihat oleh penerima anda.

Jangan tutup akaun email kedua anda lagi. Kita perlukannya dalam langkah seterusnya.

Langkah #2 : Forward Mel Yang Masuk

Buka halaman tetapan pada akaun kedua Gmail, akaun yg anda anda ingin baca emelnya
Klik tab Forwarding dan POP/IMAP

Taip alamat emel utama dalam emel yang ingin anda forward ke kotak dan pilih pilihan dari senarai drop-down :

  • Simpan Salinan Gmail dalam Inbox
  • Archive Salinan Gmail
  • Padam Salinan Gmail
  • Klik simpan perubahan

Kini, anda tidak perlu buka akaun sekunderi setiap kali anda mahu menyemak emel. Anda cuma perlu log masuk ke akaun utama. Lagi dua langkah ini akan menolong anda untuk menetapkan peti masuk utama untuk membezakan setiap akaun.

Langkah #3 : Cipta Label Untuk Emel Yang Masuk

Penggunaan Label dalam Gmail adalah salah satu cara paling efektif untuk menguruskan peti masuk anda. Anda boleh cipta label yang lebih spesifik untuk menggabungkan setiap akaun Gmail dan gunakan smart filters untuk meneruskan.

Tukar kepada akaun emel utama, skrol ke bawah halaman dan cari pautan  cipta label baharu di sebelah kiri .

kredit : makeuseof

Klik pautan untuk membuka kotak Label baharu. Taip nama untuk label anda. Anda boleh guna alamat emel yang asal jika anda mahu. Tekan Cipta.

kredit : makeuseof

Bukan itu sahaja, anda juga boleh lakukan banyak benda dengan label. Berikan warna yang berbeza untuk setiap akaun emel yang digabungkan ataupun cipta lagi satu sub-label untuk emel yang berbeza.

Read More  Kini Anda Boleh Memesan Makanan Menggunakan Facebook!

Langkah #4 : Cipta Satu Filter Untuk Menguruskan Peti Masuk Secara Automatik

Filters adalah ciri yang sangat power untuk menghubungkan anda dengan akaun Gmail yang lain dalam satu tempat utama.

Dalam tetapan akaun emel utama, klik tab Filters and Blockes Adresses yang terletak bersebelahan dengan Akaun dan tab Import. Skrol bawah dan klik cipta filter baru.

kredit : makeuseof

Taip alamat emel kedua anda dalam ruang From dalam skrin seterusnya.

Klik cipta filter dengan carian tersebut. Dalam skrin seterusnya, terdapat beberapa pilihan bawah When a message arrives that matches this search.

kredit : makeuseof

Tandakan Apply the Label dan pilih label yang anda telah tetapkan dalam langkah sebelumnya.

Klik butang biru Create Filter. Anda juga boleh memilih untuk pilih  Also apply filter to “x” matching conservation jika anda ada emel sebelum ini dari akaun yang digabungkan.

Alternatif Pantas:

Anda juga boleh menggunakan mesej tertentu untuk cipta filter lain. Cara ini lebih pantas untuk mencipta filter.

  • Buka Gmail
  • Tandakan kotak penanda bersebelahan emel yang anda mahukan
  • Klik Lagi
  • Klik Filter Messages like these
  • Masukkan kriteria filter

Itu sahaja! Kini, emel anda dari akaun kedua akan dimuat turun ke dalam akaun emel utama anda dan akan pergi secara automatik ke label ( anggap saja ia sebagai fail) yang anda telah spesifikkan. Gunakan Filter untuk membantu anda menyimpan emel dan menguruskan dengan berkesan supaya kesemua emel yang dipisahkan dari akaun Gmail yang telah digabungkan tidak akan bersaing untuk disemak oleh anda dalam satu masa.

Anda juga boleh untuk menghantar emel dari kedua-dua akaun emel dari akaun emel utama tanpa perlu bertukar ke akaun emel kedua.

Read More  Hantar Faks Melalui Telefon Atau Tablet Anda
kredit : makeuseof

Cuba ciri Makmal Gmail – Peti Masuk Yang Banyak

Lebih banyak peti masuk merupakan ciri dari Gmail Labs. Anda boleh gunakan ciri ini apabila anda mahu melihat emel dari banyak akaun Gmail dan menguruskan mereka dari peti masuk yang berbeza tetapi masih dalam akaun Gmail yang sama.

Peti masuk yang pelbagai akan memberikan anda peti masuk mini selari dengan peti masuk utama. Mereka akan membahagikan emel yang masuk kepada banyak lagi seksyen mengikut jenis emel. Ambil perhatian  ciri ini hanya boleh digunakan untuk akaun yang tidak menggunakan tab ekstra Gmail seperti sosial, promosi, kemas kini, dan forum.

Membolehkan pelbagai peti masuk dari tab Labs dalam tetapan Gmail.

Ingat! Jangan lupa untuk simpan perubahan setelah anda keluar dari tab Labs. Google akan mengemas kini dan memaparkan banyak peti masuk. Anda boleh pergi kembali ke tetapan dan konfigurasi peti masuk yang banyak itu dari tabnya sendiri. Letakkan alamat emel kedua dalam kotak carian. Berikan mereka tajuk  yang unik dan awesome dan pilih posisi panel. Simpan perubahan dan anda sudah pun siap!

Jimatkan Masa dengan Menukar Akaun Gmail

Salah satu manfaat yang paling jelas menggunakan akaun Gmail utama sebagai tempat untuk mengakses ialah masa. Anda tidak perlu untuk menukar akaun anda lagi. Emel kita akan membuat “to-do-list” untuk keutamaanya sendiri. Jadi, konfigurasi alamat emel utama anda untuk melakukan kerja yang lebih berat. Dan untuk menaikkan produktiviti, jangan lupa untuk menggunakan extension wonderful Gmail Chrome utnuk membuat tugasan emel lebih banyak jadi lebih senang.

Pernahkah anda menggabungkan akaun Gmail yang banyak? Apakah yang anda lakukan untuk menguruskan mereka dengan lebih baik? Adakah anda ada tips yang lain untuk bekerja dengan lebih dari satu akaun gmail?  Kongsikan dengan kami!

Sumber : Makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...