Bagaimana Nak Buat Perenggan Pemisah Dekat Writer LibreOffice

395

Anda menghadapi masalah dengan ruang kosong di bahagian bawah dokumen teks LibreOffice anda? Jangan risau, artikel ini akan mengajar anda cara untuk membetulkannya.

Jika anda bekerja dengan dokumen yang panjang di LibreOffice, seperti menulis sebuah buku/tesis, anda mungkin menghadapi masalah di mana halaman akan dipecahkan sebelum perenggan, meninggalkan ruang yang besar di bahagian bawah halaman.

kredit : Google

Ini bukan sahaja kelihatan tidak profesional, tetapi ia membazirkan ruang yang berharga. Jadi bagaimana anda nak membetulkannya? Ia sebenarnya sangat mudah. Kami akan tunjuk kepada anda caranya.

Katakan anda menggunakan gaya Text Body untuk badan dokumen anda. Buka dokumen dan letakkan kursor anda pada bahagian teks yang menggunakan gaya utama ini. Klik kanan pada teks dan pilih Edit Style (Rajah A).

Figure A

kredit : Tech Republic

Dalam tetingkap Paragraph Style, klik tab Text Flow dan cari bahagian Options. Di sini anda harus memastikan anda uncheck “Do not split paragraph” dan “Keep with next paragraph” pada checkboxes seperti (Rajah B).

 Figure B

kredit : Tech Republic

Sebaik sahaja anda selesai melakukannya, anda perlu membenarkan kedua-dua “Orphan Control” dan “Widow Control” dan menetapkannya sama ada pada 1 atau 2 baris (bergantung kepada berapa banyak baris yang anda mahu tinggalkan pada halaman sebelumnya).

Sebaik sahaja anda selesai melakukan kangkah di atas, klik OK dan anda tidak perlu lagi berurusan dengan ruang kosong di bahagian bawah halaman.

Sekiranya anda menggunakan gaya yang berbeza (atau gaya berganda) untuk badan dokumen anda, anda perlu melakukan perkara yang sama untuk setiap gaya tersebut.

kredit : Google

Itu sahaja yang ada padanya. Anda kini telah menyelamatkan diri anda dari mimpi buruk mengenai pengformatan dokumen!

Selamat mencuba!

Read More  Bagaimana Untuk Memadam Akaun Spotify Anda

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...