Portal Mengelakkan Anda Jatuh Ke Perangkap Scammer

380

Jika anda selalu membuat pembelian barangan secara online. Pasti anda selalu mempunyai sedikit rasa was-was samada penjual tersebut jujur ataupun sebalik. Malangnya, anda hanya bergantung kepada rasa percaya semata-mata tanpa mempunyai sebarang rujukan untuk mengesahkan perasaan tersebut.

Sebelum ini kami pernah menulis mengenai aplikasi SCOM yang berfungsi untuk menyemak database mana-mana individu yang yang pernah terlibat dalam penipuan transaksi secara online ini. Sekiranya pengadu yang pernah ditipu memuatnaik maklumat penjual tersebut. Maka nama dan jenis transaksi yang terlibat akan dipaparkan.

Kredit: Tech Harvest

Kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM telah pun melancarkan satu portal yang membolehkan anda menyemak nombor akaun atau nombor telefon mana-mana individu yang pernah dilaporkan terlibat dengan peninpuan transaksi secara online ini. Anda boleh melayarinya di pautan ini  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Anda hanya perlu masukkan salah satu maklumat (samada nombor telefon atau nombor akaun), maka butiran seperti di bawah akan dipaparkan sekiranya ada mana-mana mangsa pernah membuat sebarang laporan polis berkaitan transaksi tersebut.

Kredit: Tech Harvest

Buat masa ini portal tersebut masih dalam tempoh percubaan. Setakat yang direkod hampir 259,974 pelawat dengan 285,089 carian akaun bank dibuat oleh pelayar internet.

Memang tidak dinafikan, saban hari akan ada sahaja penipun baru yang wujud secara atas talian. Tetapi dengan kewujudan portal ini, ia sedikit sebanyak akan memberikan rujukan kepada anda bahawa penjual tersebut (ketika waktu tempoh pembeliaan anda) sah dan tidak pernah dilaporkan terlibat dalam kegiatan penipuan transaksi secara atas talian.

Read More  Inilah Senarai Papan Kekunci Bukan Mekanikal Yang Terbaik!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...