Tips Nak Buat Duit Dekat YouTube!

267

Anda pernah memonton video di You Tube? Ada akaun You Tube? Pernah tak anda fikir macam mana nak buat duit dengan You Tube? Ikuti tips yang kami sediakan untuk anda tentang bagaimana cara nak buat duit dengan You Tube.

Kepakaran Dan Minat Anda Adalah Kunci Utama.

Adakah anda pakar dalam bidang anda? Buat tutorial bercakap mengenai topik utama. Adakah anda melakukan perkhidmatan? Tunjukkan kebolehan anda pada video.

kredit : Google

Kesenian, kraf, kecergasan dan teknologi adalah bidang yang selalu dijumpai di You Tube. Jangan terlepas pandang minat yang tidak pernah anda anggap sebagai sumber pendapatan, seperti memancing, botani atau bermain permainan video.

Demografi Juga Penting.

Perhatikan penonton anda betul-betul. Ini adalah faktor utama dalam menentukan potensi pendapatan anda. Mungkin video mengenai “fidget spinner” tengah popular sekarang tetapi penonton sasaran anda mungkin anak kecil yang tidak mempunyai pendapatan.

Bandingkan ini dengan The Big Jackpot, yang menarik penonton di mana 78% adalah lelaki, dengan 73% antara umur 25-54. Itulah demografi berharga untuk kasino.

Oleh itu anda harus memastikan kepada siapa kandungan anda itu ditujukan? Siapakah penonton berharga untuk kandungan anda itu.

Kandungan Adalah Segalanya.

Untuk berjaya di YouTube, anda mesti menghasilkan kandungan yang berkualiti, dan banyak. Cuba bersiaran secara langsung sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pastikan anda mengedit semula rakaman itu untuk menghasilkan hasil yang mantap.

kredit : Google

Pengikut saluran anda akan menerima pemberitahuan tetap mengenai video dan apa sahaja aktiviti yang anda lakukan di You Tube anda jika mereka menekan butang “Notifications”. Oleh itu, jika kandungan anda tidak menarik, sudah pasti orang tidak akan menonton video anda.

Read More  Fungsi CONCATENATE : Menggabungkan Perkataan Dari 2 Columns Berbeza

Dan tidak lupa juga anda harus menjadualkan bila anda harus memuat naik video anda supaya penonton tahu waktu terbaru video anda.

Cubalah Live!

Selain memuat naik video, anda juga boleh cuba untuk live di saluran You Tube anda. Dengan bersiaran langsung, anda dapat meningkatkan jumlah penonton anda dan dapat membuatkan penonton lebih percaya kepada anda. Anda juga dapat menaikkan jumlah pengikut anda dengan live sahaja.

Mewujudkan Jenama Anda.

Anda perlu mewujudkan juga jenama anda sendiri jika anda ingin menjana pendapatan daripada You Tube.  Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membina jenama anda. Apa yang anda perlukan cuma kelainan.

Ya kelainan akan menyebabkan penonton tertarik kepada video dan juga saluran anda.  Anda boleh membina jenama anda menggunakan nama dan frasa yang berkaitan dengan saluran anda.

Sebarkan Platform Media Sosial Yang Lain.

Seperti yang dapat dilihat, Big Jackpot aktif di kebanyakan platform media sosial, termasuklah Facebook, Twitter, Instagram dan Patreon.

kredit : Google

Jadi anda juga harus promote platform media sosial media anda yang lain supaya penonton anda kenal anda dengan lebih mendalam.

Hal ini adalah kerana berlainan platform mempunyai berlainan penontonnya. Tak semua orang menonton You Tube mungkin ada yang aktif di Twitter, Facebook dan sebagainya.

Penglibatan, Penglibatan, Penglibatan.

Penglibatan adalah cara bercakap melalui Internet untuk memupuk penonton yang aktif dan bukan pasif. Contoh penonton aktif adalah yang memberi komen, menyumbang, mengambil bahagian, suka dan berkongsi video anda.

Balaslah mesej yang anda terima. Promote ciri baru, buat acara secara langsung dan adakan penampilan tetamu dalam video anda. Peraduan juga adalah cara terbaik untuk mendapatkan penglibatan daripada penonton anda.

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan USB Flash Drive Pada Telefon Android Atau Tablet Anda?

Banyak saluran mengadakan contest untuk mendapatkan banyak likes dan share. Selalunya wang tunai akan diberikan untuk peraduan yang dianjurkan itu dan banyak lagi hadiah lain.

Dengar Penonton Anda.

Berilah cara bagaimana penonton boleh menghubungi anda contohnya ketika siaran live bersama penonton, komen di You Tube, melalui forum, laman web dan sebagainya. Anda juga harus membaca setiap mesej yang diberikan.

Tebalkan Muka Anda.

 Anda tidak akan pernah memuaskan semua orang, jadi jangan cuba. Ia saluran anda, perniagaan anda, jenama anda, jadi anda yang perlu membuat keputusan akhir. Sudah pastinya terdapat banyak haters di luar sana yang mencemburui anda.

Jadi, jika anda dapati ada yang komen negatif di saluran anda, anda boleh memadamnya dan mungkin menyekat mereka terus.

kredit : Google

Hal ini adalah kerana anda mahukan interaksi daripada penonton tetapi anda harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyekat kata-kata yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda atau yang cuba menjatuhkan anda.

Jika anda ingin melayan haters anda, anda boleh membalas komen-komen negatif tersebut dengan kata-kata motivasi dan cuba berusaha menjadi lebih baik. Mungkin dari haters akan menjadi likers betul tak?

Anda Tidak Memerlukan Latar Belakang Teknikal.

Anda tidak memerlukan ijazah atau memerlukan bakat teknikal untuk menggunakan media sosial. Belajarlah media sosial sebagaimana orang lain belajar dengan mengetahuinya dengan lebih dalam, menyentuhnya dan belajar melalui proses percubaan dan kesilapan.

Ya, Anda Boleh Membuat Wang Sebenar di YouTube.

Inilah bahagian yang anda ternanti-nantikan bukan? Bagi sesetengah daripada anda, YouTube bukanlah pemacu utama anda. Mungkin anda seorang perunding yang menggunakan saluran You Tube anda untuk memeperkenalkan jenama anda dan menjual perkhidmatan anda.

Read More  Dapatkan Duit Poket Dengan Hanya Edit Gambar Menggunakan Aplikasi Ini

Tapi persolannya jika anda tidak membuat apa-apa produk atau perkhidmatan boleh kah anda membuat duit dengan You Tube?

Jawapannya adalah ya anda boleh.

kredit : Google

Melalui iklan adalah jalan yang terbaik untuk menjana pendapatan. Semakin meningkat jumlah pengikut anda dan juga demografi anda, semakin banyak You Tube akan memberi ganjaran kepada anda.

Menurut Scott Richter, penulis di Entrepreneur.com, beliau membuat wang melalui penjenamaan iaitu penjualan t-shirt dan swag yang berkaitan dengan Jackpot di salurannya.

Selain itu, Super Chats di YouTube, jualan tiket untuk acara secara langsung, dan platform derma seperti Patreon, juga merupakan aliran pendapatan sampingan lain yang tersedia untuk hampir semua orang. Tak lupa juga, penajaan adalah salah satu sumber pendapatan lain yang sering dilupakan.

kredit : Google

Sebaik sahaja anda telah mendapatkan pengikut yang ramai dan stabil, pendapat anda boleh mempengaruhi orang lain. Mengulas produk yang anda guna juga membuka peluang untuk menaikkan jenama anda sekaligus mendapat pendapatan melaluinya.

Jadi senangkan nak buat duit dengan You Tube? Apa lagi jom lah buat duit dengan You Tube sekarang!

Sumber : Entrepreneur

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...