Tahukah Anda Google Akan Memadamkan Android Backups Anda Jika Telefon Anda Tidak Aktif Selama 2 Minggu?

455

Pengguna Android yang tidak menggunakan telefon mereka selama 2 minggu mungkin akan mendapati data peribadi mereka yang disimpan oleh Google akan dihapuskan menurut polisi syarikat itu.

Walaupun polisi itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi isu ini telah dibangkitkan oleh pengguna Reddit iaitu Tanglebrook yang membincangkan isu ini yang dialaminya di laman web. Semuanya bermula ketika Tanglebrook mula mencari telefon gantian Android selepas memulangkan Nexus 6P.

Tanglebrook menggunakan iPhone lama selepas berhenti menggunakan Nexus 6P itu. Tidak beberapa lama kemudian, Tanglebrook menyedari bahawa semua data backup Nexus 6P beliau hilang dari folder Google Drive Backup yang disimpan sebelum ini. “Mesti ada yang tidak kena ni” kata Tanglebrook.

kredit : google

Selepas menghubungi pihak Google Drive, jangkaan dan ketakutan Tanglebrook telah dibuktikan. Semua backup tersebut telah hilang! Semua tetapan Android, kata laluan Wi-Fi dan data lebih daripada 50 aplikasi dalam telefon lamanya Nexus 6P telah hilang buat selama-lamanya.

Ini kelihatan seperti sesuatu yang sengaja disembunyikan dan Google tidak pernah memaklumkan Tanglebrook secara rasmi. Rupa-rupanya, polisi itu hanya memaparkan tarikh tamat tempoh yang diberikan untuk backup tersebut apabila Google hendak menghapuskannya.

“Simpanan (backup) anda akan kekal selagi anda menggunakan peranti anda. Jika anda tidak menggunakan peranti anda selama 2 minggu, anda mungkin akan melihat tarikh tamat tempoh di bawah backup anda”. Itulah apa yang ditulis dalam polisi Google.

Walau bagaimanapun, ini bukan sekadar isu Android. Apple juga mempunyai polisi yang serupa, dan juga akan memadam backup iOS yang lama, seperti yang dinyatakan oleh pengguna Reddit yang lain, dalam ulasan tersebut.

Jika anda merancang untuk tidak menggunakan peranti iOS atau Android untuk seketika, pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh pada backup anda dan pertimbangkan untuk menyimpan data anda di tempat lain yang lebih selamat.

Read More  Kenapakah Sesetengah Laman Web Mempunyai Amaran Pop-up Mengenai Cookies?

Kesimpulannya

  1. Google akan memadam backup Android jika peranti itu tidak digunakan dalam masa tertentu, seperti yang telah dinyatakan oleh syarikat dalam polisi mereka.
  2. Menurut pengguna Reddit, iaitu Tanglebrook, tidak ada pilihan yang tersedia untuk menggunakan storan Google Drive berbayar untuk mengekalkan backup lama anda juga.
  3. Apple juga memadamkan backup lama, dan pengguna harus menyemak tarikh backup mereka jika mereka merancang untuk tidak menggunakan telefon mereka untuk sementara waktu.

Sumber : Tech Republic

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...